Monday, August 11, 2008

Update result

Sedikit maklumat mengenai masalah maisilium pudar. Sebagai usaha 'rescue' bungkah yang ada masalah ni, kami telah cuba kukus dan menyuntik semula dengan benih yang baru. Selepas 2 minggu, inilah hasil yang kami dapat;

Alhamdulillah, maisilium merebak dengan begitu baik sekali. Warna putihnya cukup menyakinkan. Dari 50 bungkah yang melalui eksperimen ni, 40 menunjukkan pemulihan. Yang selebihnya, sama ada tiada pertumbuhan maisilium atau pun dijangkiti dengan penyakit kulat hijau. Kebanyakan yang kena kulat hijau tu adalah bungkah yang memang dah nampak sedikit kehijauan sewaktu kami keluarkan benih lama. Nampaknya proses kukusan semula tak mampu bunuh spora kulat hijau tu..

Kesimpulannya, masalah ni dapat dipulihkan semula dengan cara mengukus dan menyuntik benih semula. Namun dalam hati saya selalu berdoa, mintak2 la tak jumpa lagi masalah ni... Amin.


Sekian,


Lanchini

2 comments:

Gogsard said...

Bagaimana rupa keadaan asalnya ? Maselium masih ada lagi atau sudah ghabib sepenuhnya ?

lanchini said...

gogsard,
Maisilium dah hilang. Gambarnya ada dalam post saya 21 july yg lepas. Post tu bertajuk Masalah Maisilium Pudar.