Banner Ebook 468X60

Tuesday, January 6, 2009

Ekonomi yg merudum

Salam dan selamat tahun baru Masihi,

Sejak dua menjak ni ramai orang memperkatakan mengenai masalah ekonomi dunia yang semakin merudum. Waktu krisis ekonomi kewangan di Malaysia pada 1997 yang lalu, saya masih lagi menuntut di Jepun. Sebagai seorang pelajar, dan tinggal di Jepun pula, saya tidak dapat merasakan sangat kesannya. Dulu saya memang tak berminat lansung untuk belajar atau even membaca ruang ekonomi di dalam akhbar.

Keadaan kali ni berbeza. Saya kini pekerja kepada sebuah syarikat elektronik jepun dan pada masa yang sama menjadi 'tuan' kepada sebuah perusahaan cendawan yang kecil. Walaupun kecil, perusahaan ini tetap menuntut tanggungjawab saya untuk memajukannya kerana ada orang bergantung kepadanya sebagai sumber rezeki mereka. Jadi saya kini dapat merasai tekanan daripada kemeruduman ekonomi dari 2 arah; pekerja dan tuan. Dan entah kenapa, saya jadi berminat untuk mengetahui keadaan ekonomi semasa. Dari tak tau apa2, saya kini mula tahu sikit2 apa itu subprima, mortgages, hedge fund dan entah apa-apa istilah lagi.

Kilang tempat saya bekerja mula merasai kesan dari krisis ekonomi dunia dari bulan Julai yang lalu. Secara tiba-tiba order dari customer menurun. Dan keadaan ini berterusan hingga kadar pengeluaran sekarang mencecah 60% sahaja dari output sebelum ni. Ini memaksa pihak syarikat mengurangkan pekerja kontrak, membekukanOT dan memberi advance leave. Ada kilang yang berdekatan yang terpaksa ambil tindakan lebih drastik seperti menawarkan VSS, bekerja cuma 4 hari seminggu dan menutup terus operasinya.

Kata orang, perusahaan melibatkan makanan atau pertanian tidak menerima impak seteruk bidang-bidang lain. Namun saya tidak menafikan Chini Agro turut menerima tempiasnya. Pasaran utama cendawan kami ialah sekitar kawasan Felda berdekatan. Kemerosotan harga sawit dari RM 850 setan kepada RM 220 setan menyebabkan peneroka mula mengetatkan budget harian mereka. Pasar tani tidaklah semeriah dulu lagi. Bilangan pengunjung berkurangan dari sebelum ni. Dan lebih jelas, peneroka tidak seceria dulu lagi! Namun syukur kepada Allah, permintaan untuk cendawan kami masih ada. Walau agak menurun berbanding dulu, kami mampu memasarkannya hingga habis. Dan belum sampai menawarkan VSS buat pekerja kami tu, hehe..

Baru-baru ni saya berpeluang untuk bercakap dengan tauke kepada pembekal habuk kayu getah kami. Tujuan saya menelefonnya ialah untuk meminta mengurangkan harga memandangkan kos pengangkutan yang menurun. Tapi lain pula jadinya. Tauke tu memberi jawapan seolah-olah akan berlaku kenaikan selepas Tahun Baru Cina ni. Menurutnya, eksport perabot Malaysia kini jatuh mendadak. Akibat dari itu, permintaan untuk kayu getah turut menurun. Bila tiada permintaan untuk kayu getah, kilang-kilang yang memotong kayu getah berkurangan atau beralih arah kepada kayu balak. So bila dah supply berkurangan, faham-faham je la... Bagi sesetengah orang, mungkin kenyataan tauke ni sekadar alasan untuk menolak permintaan saya. Tapi saya anggapnya benar kerana kilang saya berhampiran dengan sebuah kilang perabot pejabat bertaraf antarabangsa. Dan saya tahu keadaanya sekarang..

Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan pengusaha cendawan. Sekadar berkongsi maklumat yang insyaAllah boleh membuatkan kita lebih bersedia hadapi cabaran. Kalau orang lain boleh bertahan berpuluh tahun, mengapa kita tidak boleh? Tahun 2009 akan jadi lebih mencabar kerana menurut pakar, Malaysia akan menerima kesan sebenar dari krisis ini pada 2009. Gambarimasho! - Jom Berusaha.

Sekian,

Lanchini

No comments: