Banner Ebook 468X60

Wednesday, January 28, 2009

Al-kisah cendawan

Laporan ringkas kursus cendawan ke-12

Pada sabtu 24 hb yang lepas, kami telah berjaya menganjurkan kursus cendawan kali ke-12. Seramai 4 peserta telah hadir manakala 2 peserta telah membatalkan penyertaan mereka pada saat-saat akhir. Terima kasih buat En Azhar, En Rosli, En Azizi dan En Halim. Peserta kali ni datang dari Kuantan dan daerah Bera.

Masalah ekonomi global menjadi topik hangat sepanjang kursus. Dan kebanyakan peserta menyatakan tujuan mereka mempelajari perusahaan cendawan sebagai satu persediaan untuk hadapi cabaran ekonomi yang semakin merudum ni. Berbanding dengan bidang perusahaan lain, pertanian dilihat sebagai satu bidang yang tetap berkembang. Salah seorang peserta merupakan seorang kontraktor binaan. Namun pelbagai masalah terutamanya 'late payment' yang semakin menjadi-jadi sekarang menyebabkan beliau ingin beralih ke pertanian dan penternakan. Selain cendawan, beliau kini turut mempelajari penternakan ikan keli.

Bagi saya, walau apa bidang yang diceburi, masalah dan dugaan tetap ada. Yang penting, kita mempunyai persediaan untuk hadapinya. Dan persediaan paling utama ialah ilmu dalam bidang tersebut. Harapan saya moga para peserta kali ini dapat memperolehi ilmu mengenai cendawan semaksimum mungkin. InsyaAllah, selepas kursus ini pun, kami akan tetap berkongsi ilmu dengan mereka..

Lawat geng cendawan di Kuantan

Saya mempunyai seorang pekerja tetap, namanya Mi. Dialah yang sering membantu ayah menguruskan bangsal cendawan kami. Tanpa dia, memang susah jugak ayah terutamanya kerja-kerja melibatkan fizikal. Dah lebih setahun dia bekerja dengan kami.

Baru-baru ni saya membawa Mi melawat 2 orang pengusaha cendawan di Kuantan. Tujuan utama lawatan ni ialah untuk menambah pengetahuan Mi yang belum pernah melihat perusahaan cendawan selain Chini Agro. Pada saya, cara ni dapat membantu Mi tingkatkan pengetahuannya dalam industri ni. Saya sering bercerita kepadanya kaedah-kaedah lain yang digunakan oleh pengusaha cendawan lain. Kali ni, biarla dia nengok dan belajar sendiri.

Mula-mula kami melawat bangsal milik saudara Alex yang terletak di dalam bandar Kuantan. Alex merupakan salah seorang peserta kursus ke-8 Chini Agro. Projek cendawan beliau di usahakan di sebuah rumah teres corner lot milik keluarganya.

Alex kini mempunyai kira-kira 2000 bungkah yang sedang keluarkan hasil. Pasarannya ialah pasar raya sekitar Kuantan. Dia kini dalam proses menambah bilangan bungkah yang ada. Dia mensasarkan untuk membuat 60,000 bungkah cendawan lagi! Untuk tu, Alex kini dalam proses membina rak-rak cendawan yang akan di susun di dalam dan di luar rumah. Tak lama lagi dia akan mengupah pekerja Myanmar untuk membantunya. Saya kagum dengan Alex yang suka melakukan pelbagai eksperimen terutamanya teknik gunakan rumput sebagai bahan substrat. Beliau turut merancang untuk mengeluarkan benih sendiri.

Saya ada mengambil gambar di bangsalnya. Tapi tak dapat di siarkan disini atas permintaan Alex sendiri. Belum tiba masanya lagi, katanya...

Kemudian saya, Mi dan Alex bergerak menuju ke Balok ke tempat en Badrul, otai cendawan di Pantai Timur. Saya pasti ramai yang dah tahu mengenai en Badrul yang mengusahakan cendawan di sebuah tapak hotel milik keluarganya. En Badrul adalah pengusaha cendawan sepenuh masa. Beliau kini lebih menumpukan kepada penjualan bungkah.

Saya tengok tak banyak perubahan selain daripada penggunaan tong dram sebagai alat kukus. Sebelum ni en Badrul mempunyai rumah kukus stainless steel yang boleh muatkan 7,8 ratus bungkah. Malangnya penutup rumah kukusnya telah dikerat dan dicuri orang. Semua ni terjadi waktu kenaikan harga besi tahun lepas.

Sambil meninjau-ninjau bangsal milik en Badrul, kami membincangkan banyak perkara terutamanya berita semasa mengenai cendawan. Antara berita hangat ialah kisah pengusaha cendawan di Triang yang dikatakan ingin menjual perusahaannya pada harga RM350k. Pengusaha Triang ni ialah pembekal utama cendawan tiram segar di bandar Kuantan. Produk cendawannya turut di pasarkan hingga ke Kerteh, Terengganu. Namun tidak dapat dipastikan punca utama tauke tu ingin menjualnya.

Saya pulang selepas sejam berada di bangsal en Badrul. Moga Mi dapat sesuatu dari lawatan kali ni. InsyaAllah, saya akan meneruskan aktiviti ini sambil mengeratkan hubungan sesama pengusaha cendawan.

Sekian,

Lanchini

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

Zamlan..bravooo..tahniah atas kejayaan membina empayar sendiri..aku dapat blog nie dari diyana member "sejepun" ko..hehehe

-lela@grieco-
ex 5b semsas 94

Zamlan said...

W'salam,

Dah lama aku tak dengar pasal Grieco D great!. Apa khabar sekarang? Camne nak kontek ngko ye? Jangan lupa kontek aku kalu buat re-union student 5B.

Jumpa lg..