Banner Ebook 468X60

Monday, February 2, 2009

Felda Edible Garden

Salam buat pembaca,

Pada hujung tahun lepas, FELDA telah melancarkan projek yang dinamakan Felda Edible Garden. Projek ni bertujuan meningkatkan pendapatan peneroka dengan menanam sayuran di ruang kosong di halaman rumah peneroka.

Bila saya pulang ke kampung baru-baru ni, saya terkejut apabila melihat deretan beg plastik putih di halaman rumah setiap peneroka di sini termasukla rumah ayah. Rupanya Felda Chini Timur 3 telah dipilih menjadi felda perintis untuk projek ni.

Setiap peneroka telah dibekalkan dengan 20 beg anak benih pokok cili jenis kulai. Ianya telah dibekalkan oleh pihak Jabatan Pertanian Pahang. Bukan setakat anak benih, peneroka juga turut dibekalkan dengan pagar tali untuk melindungi anak-anak pokok yang baru setinggi 1 kaki ni. Apa yang lebih menarik, pihak Felda turut mengupah orang untuk menyembur racun/baja pada tempoh tertentu. Peneroka hanya perlu sediakan tapak dan monitor keadaan semasa pokok-pokok cili ni.



Dari segi pemasaran, pihak FAMA akan membantu. Mereka akan bertindak sebagai agen pemasaran untuk semua hasil yang dikeluarkan. Sebahagian hasil tersebut akan di nikmati peneroka. Saya tak pasti pula kaedah pembahagiaanya. Namun yang pasti, pasaran untuk cili segar pasti tidak akan ada masalah. Ini kerana Malaysia masih mengimport cili dari negara seperti Vietnam dan China bagi menampung permintaan dalam negara terutamanya untuk pasaran Utara tanah air.

Pokok cili kami agak unik kerana ada 'baja ekstra'. Kami gunakan baja kompos dari bungkah cendawan, hehe.. Eksperiment kami yang lepas jelas menunjukkan pokok cili akan bertambah segar dan rasanya lebih pedas jika guna baja kompos ni..

Itu aje, sekian.

Lanchini.

No comments: