Banner Ebook 468X60

Tuesday, July 3, 2007

Menjaga beg media yang dibeli

Untuk permulaan, kami bersetuju untuk membeli sahaja beg media berbenih daripada abg. Yusof. Kami menempah 1000 beg daripadanya dan dijangka untuk sedia dihantar 2 minggu kemudian.

Saya terpaksa menyewa lori 3 ton untuk membawa beg media ini daripada Rembau ke Chini. Ikut perancangan, usaha mengangkut ini akan dilakukan pada awal pagi, malangnya disebabkan masalah pemandu, pukul 11 pagi barulah dapat bertolak dari Rembau. Saya agak bimbang kerana keadaan panas terik mungkin boleh merosakkan benih yang hanya baru 2 hari di suntik.
Setelah melalui 3 jam setengah perjalanan, akhirnya kami sampai di Chini. Tanpa membuang waktu, kerja memunggah terus di jalankan... Hati sedikit bimbing apabila melihat bahagian atas beg terdapat wap air.. Beg media dibiarkan tegak sementara menunggu maisilium(spora) cendawan merebak ke bawah.







No comments: