Banner Ebook 468X60

Sunday, October 7, 2007

Kisah baja

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai baja cecair yang kami gunakan. Pada peringkat awal hasil menuai, kami sering menghadapi masalah dengan sejenis serangga seperti kumbang. Warnanya hitam, saiz pulak lebih kurang kepala mancis dan boleh terbang. Maaf sebab saya takde gambarnya untuk dikongsi bersama pembaca.

Kumbang ni selalunya hinggap pada cendawan yang masih muda. Mungkin hisap cecair kot sebab tak nampak pula kesan gigitan pada cendawan tu. Masalahnya kumbang ni sering hinggap pada beg media berpenyakit dan menyebarkannya pula pada beg media yang masih elok. Lama-kelamaan, banyak beg media yang menjadi berpenyakit dan terpaksa diasingkan.

Perkembangan ini agak merisaukan sebab ternyata semburan dettol atau klorox tak mampu menghalau serangga ni. Sehinggalah pada satu hari tu, adik saya terjumpa dengan baja ni pada satu ekspo pertanian yang di adakan di sekolahnya. Dan dia dapatkan kontek number penjual baja untuk saya.

Saya akhirnya berjaya mendapatkan juga baja cecair pelbagai guna yang dinamakan TUAI RIA ni yang di jual di pasar tani Kuantan. Selain mampu menyuburkan tanaman, ia juga boleh mengawal serangga perosak.


Menurut akak penjual baja (saya lupa namanya), baja ni belum pernah digunakan pada tanaman cendawan. Biasanya pelanggan beliau terdiri daripada pengusaha cili, serai, tomato dan seumpanya.. Akak tu juga menerangkan bahawa baja ni bukan sejenis racun. Ia tidak boleh membunuh serangga, tetapi mampu menghalaunya sahaja. Ini agak melegakan saya sebab sebolehnya saya tidak mahu gunakan sebarang jenis racun kepada cendawan saya..

Dipendekkan cerita, akhirnya saya mencuba baja akak ni pada bangsal cendawan pertama saya. Cara gunakannnya agak senang, bancuh dengan air pada kadar 1 penutup kepada 1 liter air. Semburkan pada kawasan sekitar mulut beg media. Masa paling bagus ialah sehari selepas buka penutup rehat.

Setelah gunakannya beberapa kali, saya dapati baja ini memang berkesan. Bilangan kumbang hitam tu semakin hari semakin berkurangan. Walaupun tak hilang sepenuhnya, sekurang-kurangnya ianya lebih baik daripada keadaan sebelum ni.
Hasil yang dikeluarkan pun semakin baik selepas gunakan baja ni. Saya pernah memberi sedikit baja ni kepada seorang rakan pengusaha, dan dia pun memberi komen yang sama. Cendawan yang keluar lebih cepat dan banyak daripada biasa.
Saya ada mendengar mengenai EM yang digunakan dalam industri cendawan. Kalau tak silap, ianya berfungsi seperti baja juga. Kalau berpeluang, InsyaAllah saya pun ingin mencubanya dan bandingkan hasil dengan baja TUAI RIA ni...




No comments: