Banner Ebook 468X60

Thursday, October 25, 2007

Perkembangan Bangsal 1

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah ambil 2 langkah utama yang saya kira dapat membantu dalam menambahkan produktiviti Chini Agro iaitu
  1. Membina bangsal ke-2
  2. Menggunakan rumah kukus besar

Di samping produktiviti, saya dapati kualiti bungkah cendawan juga semakin baik. Kadar penyakit jauh berkurangan berbanding dulu. Syukur ke hadratNya kerana memberkati usaha kami selama ni...

Kadar reject yang kurang banyak memberi manfaatnya. Selain daripada hasil yang lebih banyak, kita juga tidak perlu memperuntukkan masa untuk memproses bungkah yang berpenyakit ni. Kerja-kerja seperti mengasing, membuang dan 'menyelamat' kan bungkah cendawan memerlukan masa dan tenaga yang saya kira amat berharga sekali. Adalah lebih baik jika masa dan tenaga itu diguna untuk sesuatu yang lebih produktif.

Pun begitu, kami tidak lepas dari masalah. Bangsal pertama kami mula menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit. Yang paling ketara adalah masalah hama. Saya tidak pasti apakah punca hama ini tetapi yang pasti ia bukan masalah kukus. Ini kerana batch yang sama tetapi disimpan di bangsal ke-2 tiada langsung masalah hama ni. Lihatlah gambar dibawah, inilah antara bungkah2 yang diserang penyakit.


Ini pula sebahagian yang telah dirawat.


Saya rasa bangsal pertama perlu melalui proses nyah kuman semula. Lagi satu keadaan pengudaraan perlu dibaiki kerana kebanyakan bungkah berpenyakit berada di satu sudut yang dikelilingi dinding rumah. Walaupun lebih sejuk, tapi kekurangan udara segar mungkin membantutkan tumbesaran maisilium. So, kami akan stop mengisi bungkah cendawan baru ke bangsal pertama dan tunggu sehingga bungkah cendawan sekarang habis mengeluarkan hasil. Kami akan jalankan misi 'Ops Hama' tidak lama lagi...

No comments: