Banner Ebook 468X60

Monday, November 10, 2008

Cendawan Merajuk?

Baru-baru ni kami mengalami sindrom 'cendawan merajuk' iaitu cendawan tidak keluar sebanyak yang dijangka. Untuk 3 rak yang dibuka, kami jangkakan pengeluaran sekitar 15kg sehari, tapi entah mengapa yang keluar cuma sekitar 20% je. Kebanyakan bungkah tak keluar hasil atau keluar sekuntum dua, itupun tidak sesegar biasa. Keadaan ni berlaku pada semua bungkah tak kira pengeluaran kali ke berapa. Dari 3 rak tu, 1 rak pengeluaran kali ke-2 dan 2 rak lagi pengeluaran kali ke-5.


Ini bukanlah kali pertama masalah ni berlaku. Kalu tak silap, tahun lepas pun pernah kena. Masalah ni berlanjutan hingga 2 minggu dan ianya pulih sikit demi sikit. Tahun lepas berlaku pada waktu musim kering, waktu hujan tidak turun berminggu-minggu. Kami berjaya pulihkan keadaan dengan tingkatkan frekuensi siraman. Tapi tahun ni pelik sikit, nak dikatakan tak hujan pun tak boleh sebab baru seminggu yang lalu hujan lebat turun hingga melimpah sungai. Cuma 2,3 hari yang lalu memang hujan tak turun. Keadaan cuma mendung dan berangin sikit. Silapnya kami takde alat ukur humidity, jadi mungkin jugak jugak keadaan cuaca mempengaruhi keadaan dalam bangsal. Ada beberapa orang rakan turut memberi pendapat yang sama, iaitu cuaca yang tidak menentu. Buat masa ni kami ambil langkah yang sama iaitu tingkatkan frekuensi siraman. Apa2 hal pun, saya berdoa agar masalah ni dapat di atasi segera sebab dah ramai pelanggan yang mula bertanya ' mengapa tak de cendawan? '



Pengiktirafan kecil, tp cukup bermakna


Baru-baru kami dianugerahkan Usahawan Cemerlang 2008 Peringkat Felda Chini oleh MeCD( kementerian pembangunan usahawan dan koperasi ). Anugerah ni bersempena dengan minggu ekspo pertanian yang diadakan di Chini. Ini adalah anugerah pertama yang kami terima dan memang tak sangka untuk menerima pengiktirafan ni. Walau anugerah ni kecil je, tapi bagi saya ianya sangat bermakna sebab barula sedar ada pihak yang memberi pengiktirafan terhadap usaha gigih( tak la gigih sangat sebenarnya) selama ni..







Itu aje, sekian


Lanchini

4 comments:

Anonymous said...

Lan, akoo pon rasa cuaca lah. Angkat thermo and humidity tester lah. Baru tak teragak2.

Unknown said...

salam lan...
nampaknya saya tak keseorangan.
saya pun kena masalah yang sama. musim tak menentu. kekadang tak hujan 3-4 hari. kekadang hujan setiap hari. temp dan humidity ok sebab saya ada alat. production memang drop 30%.
tahniah...dapat anugerah usahawan cemerlang. pasni insyallah dapat peringkat yg lebih tinggi lak.semoga terus berjaya.

Zamlan said...

Salam Amree dan En Azman,

Thanks utk pendapat tu. Betul la sebab cuaca kot. Dari segi cara kerja, takde pun yg berubah. Ada 2,3 orang kawan kat seremban pun mengadu hasil mereka kurang dari biasa...

Anonymous said...

Salam bro,
MyWish Agrotech のShahともします。どうぞ宜しくおねがいします。MecDの承認を貰って、おめでとうございます。
Dah lupa dah... salam perkenalan dan semoga lebih berjaya dan tabah. Harap dapat add link ke blog kami. Thanks