Banner Ebook 468X60

Thursday, March 12, 2009

Angkara tupai



Dua gambar di atas menunjukkan bekas serangan tupai ke atas bangsal peram kami. Penutup peram dibuka dan benih pula habis di makannya. Mulanya saya ingatkan ini serangan tikus seperti yang dialami sebelum ni. Tapi menurut pekerja kami, dia pernah terserempak dengan tupai yang sedang asyik memakan benih2 tu. Selain makan benih, tupai ni juga suka sangat mengeluarkan span pada penutup peram tu.

Ada satu perbezaan ketara antara serangan tupai dan tikus ni. Biasanya bungkah yang di usik tikus mudah mendapat penyakit hijau atau hitam. Kalau ada 10 bungkah yang benihnya dimakan tikus, 8 atau 9 darinya pasti akan dapat penyakit selepas tu. Tapi kali ni saya rasa kesannya agak berbeza. Walau benihnya dimakan oleh tupai ni, tapi banyak bungkah yang terus hidup. Boleh dikatakan 70% akan terus hidup tanpa gangguan penyakit. Agaknya ini disebabkan oleh tupai yang bersifat pembersih dari tikus ? Atau ini juga kesan dari penggunaan cuka kayu yang kami gunakan sekarang? Saya blom pasti lagi jawapannya, tapi kami akan terus cari jalan untuk perangkap tupai2 ni. Sepandai-pandai tupai makan benih, akhirnya pasti jatuh ke dalam perangkap jua..

Sekian,

2 comments:

Unknown said...

salam bro lan...
skang ni musim tupai ka...sebab saya pun baru kena serang tupai. tapi dah setel dah. tupai ni nak makan gandum je. dia tak rosakkan fizikal beg. hijau pun saya tak kena di bekas beg kena serang tu. nak selesaikan??..saya potong semua daun/dahan yang berjutai dekat rumah peram. jadi dia takde laluan nak ke rumah.tupai ni tak lalu atas tanah.

Zamlan said...

W`salam,

Thanks en Azman. Memang kat tepi bangsal tu ada pokok sawit. Mungkin tupai2 tu datang dari sana melalui daun sawit tu. Kena trim la pohon sawit tu.

Tupai ni memang pandai dari tikus. Dia tak usik langsung perangkap atau racun yang kitorang pasang. Dulu 4,5 ekor tikus kena jugak perangkap tu.

Thanks sekali lagi.