Banner Ebook 468X60

Sunday, March 22, 2009

Mengenai cuka kayu

Kali ni saya ingin berkongsi pengalaman kami menggunakan cuka kayu. Saya pasti ramai pengusaha cendawan dah tahu dan mungkin juga telah pun gunakan cuka kayu ni. Selain untuk perusahaan cendawan, cuka kayu juga boleh di aplikasi pd projek tani lain seperti cili, tomato dan sebagainya. Chini Agro pertama kali guna cuka kayu pada hujung bulan Januari yang lalu.

Waktu terkena serangan kulat oren yang lalu, saya cuba mencari 'nutrisi tambahan' supaya bungkah lebih tahan terhadap serangan oren. Bagi saya, dalam banyak2 penyakit yang ada, penyakit kulat oren la yang paling menyusahkan sekali. Sebabnya, ia mudah berjangkit tetapi pada masa yang sama masih boleh keluarkan hasil. So terpaksala buat kerja-kerja pengasingan yang banyak gunakan tenaga dan masa. Ini la yang saya katakan agak menyusahkan..

Kebetulan tauke cuka kayu ( Mr Tan ) ada hantar email kepada ramai pengusaha cendawan termasuk saya mempromo kan produk cuka kayu. Kalu ikutkan risalah promosi tu, ia banyak ceritakan kelebihan cuka kayu terhadap kulat hijau. Terdetik hati saya untuk mencubanya, sekurang-kurangnya nak tahu kesannya pada penyakit oren ni. Tempat kami pun ada kulat hijau, tapi Alhamdulillah, kuantitinya sangat sedikit.

Dan selepas 3 bulan menggunakan cuka kayu, resultnya terhadap kulat oren memang bagus. Selepas mencampurkan cuka kayu ke dalam campuran habuk, tiada lagi bungkah yang terkena kulat oren. Perbezaanya memang ketara sebab sebelum ni mesti ada je bungkah yang terkena kulat oren. Bila time hujan, bilangan bungkah terkena jangkitan akan meningkat berganda-ganda. Tapi sekarang, bilangan bungkah yang terkena kulat oren adalah zero.

Saya turut melakukan testing merawat bungkah yang dah kena penyakit kulat hijau. Saya cairkan cuka kayu ikut nisbah yang diberi dan spray ke dalam bungkah kulat hijau sebelum pasang semula tutup rehat. Saya biarkannya begitu untuk 2,3 minggu. Tapi resultnya kurang memuaskan sebab terlalu sedikit bungkah yang ada tanda-tanda akan pulih. Kebanyakan bungkah terus menjadi hijau dan terpaksa dibuang.

Di atas ialah testimoni dari pihak kami berdasarkan pengalaman/testing yang kami lakukan. Mungkin pengguna lain mendapat keputusan yang berbeza kerana banyak faktor boleh pengaruhi keberkesanan cuka kayu ni. Antaranya sukatan cuka kayu tu sendiri.

Kepada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut pasal cuka kayu ni, boleh tinjau blog ni, http://cukayu.blogspot.com

Sekian,


No comments: