Banner Ebook 468X60

Monday, May 11, 2009

Info Cuka Kayu

Salam buat semua,


Sedikit info mengenai cuka kayu, saya ingin mengumumkan yang Chini Agro kini menjual cuka kayu dengan harga seperti berikut ;

500 ml : RM 8
1 liter : RM 15
5 liter : RM 60

Harga di atas tidak termasuk dengan kos pengangkutan atau penghantaran. Tapi saya lebih suka jika pembeli datang sendiri ke rumah sebab kami belum mempunyai kaedah baik dan sesuai untuk penghantaran dengan pos. Cuka kayu ni baunya cukup kuat, kalaula terpecah waktu penghantaran pos, mesti haru-biru.. Kalau anda tinggal di kuantan, saya boleh hantarnya jika berkesempatan. Saya turun ke kuantan setiap 2 minggu sekali. Kalau boleh kontekla dulu ye supaya boleh buat arrangement...

Maklumat lanjut mengenai cuka kayu ni boleh didapati dari blog ini. Saya juga pernah menulis mengenai pengalaman kami gunakan cuka kayu. Anda boleh membacanya di sini.

Itu aje kali ni, sekian.



Dapatkan ebook Panduan Cendawan Tiram sekarang!


Monday, May 4, 2009

Serai Wangi


Sabun cecair serai wangi diperbuat daripada ekstrak pohon serai wangi. Ia mengeluarkan haruman yang dikatakan mampu menghalau serangga kecil dan juga binatang seperti tikus. Bau harumannya juga boleh menyegarkan suasana. Cecairnya berwarna kuning pekat dan licin seperti cairan sabun yang lain dan dikatakan boleh diguna sebagai pengilat lantai.

Chini Agro menggunakan sabun serai wangi jenama AFY Hanif seperti gambar di atas. Kami tak gunakan sebagai pengilat lantai bangsal cendawan, tp sebagai penghalau makhluk perosak yang juga merupakan musuh utama kami ; tikus & tupai. Caranya ialah dengan mencairkan sabun serai wangi ni dan kemudiannya sembur di kawasan laluan haiwan ni. Ia tidak memberi kesan serta merta. Tp lama kelamaan saya dapati kehadiran haiwan2 ni makin berkurangan dan sekarang hampir tiada. Hebat jugak penangan serai wangi ni ye..

Dulu saya pernah dengar kisah orang2 lama yang menanam serai wangi di sekeliling rumah. Selain untuk elakkan rumah diserang anai-anai, ia juga bertindak sebagai penghalau nyamuk. Mereka juga gunakan serai wangi ni untuk cuci pinggan mangkuk bersama-sama dengan perahan limau. Hasilnya pinggan mangkuk menjadi bersih berkilat dan aromnya menambah selera waktu makan. Tahniah la kepada tauke AFY Hanif yang berjaya explore produk serai wangi ni. Dengar cerita, saudara Hanif ni dah jadi kaya raya dengan produk cecair serai wangi ni.

Sekian,



Dapatkan Ebook Panduan Cendawan Tiram sekarang!

Sunday, April 26, 2009

Kursus Penjagaan Bungkah ke-2

Salam hormat buat pembaca,

Sabtu lepas kami mengadakan satu lagi kursus khas penjagaan bungkah. Kursus ke-2 ini telah dihadiri oleh 4 peserta dimana kesemuanya dari negeri Pahang.


Sama seperti kursus sebelum ni, fokus utama kami ialah mengajar peserta teknik2 yang betul dalam penjagaan bungkah berbenih bermula dari pemilihan bungkah hinggalah memasarkan hasilnya. Oleh kerana tempoh masa yang agak pendek, saya terpaksa meringkaskan topik2 lain yang berkaitan. Para peserta boleh merujuk panduan cendawan yang dibekalkan jika ingin mendapat informasi tambahan. Pada akhir kursus, kami sempat menunjukkan peserta demonstrasi membuat bungkah serta peralatan2 yang digunakan.

Ada beberapa orang yang bertanya mengapa kami tidak mengadakan kursus penuh projek cendawan. Sebenarnya rumah ayah kini dalam proses renovasi, jadi ruang untuk mengadakan praktikal agak terhad dan kurang selesa. InsyaAllah, penhujung bulan 5 nanti kami jadualkan untuk adakan kursus penuh semula. Kami mungkin adakannya berselang seli dengan kursus penjagaan bungkah. Kepada yang berminat, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Itu aje laporan ringkas dari kami, jumpa lagi..


Sunday, April 19, 2009

Web Jualan Ebook di lancarkan!


Setelah hampir sebulan bertungkus-lumus, akhirnya saya berjaya menyiapkan web jualan khas untuk ebook Panduan Cendawan ni. Anda boleh melayarinya melalui link di bawah ;


Web jualan ni dilengkapi dengan link untuk pendaftaran affiliate atau rakan niaga. Saya memberikan komisyen RM15 untuk setiap ebook yang dijual melalui blog/web peserta affiliate ni. Untuk daftarnya cukup mudah. Ini adalah step2 yang perlu anda ikuti ;

1) Klik link 'JOIN AFFILIATE' yang terletak di bahagian bawah web jualan tu
2) Klik ' Pendaftaran Baru ', masukkan butiran lengkap diri anda
3) Anda akan terima email mengandungi link affiliate, username dan password.

Untuk mempromosinya pula, anda perlu log in ke akaun anda dan pergi ke bahagian 'banner'. Di situ anda akan melihat 3 jenis banner. Copy kod html mana2 banner pilihan anda dan letakkan di web/blog anda ( gunakan widget html ). Kalau boleh, letak di bahagian paling strategik iaitu tempat pertama pengunjung web/blog anda lihat. Jika mereka membeli ebook ini melalui blog anda, anda layak menerima komisyen RM15. Komisyen ini akan di bank-in ke akaun anda pada setiap awal bulan. Cukup mudah kan? Tapi jika anda masih blurr, kontek saya untuk penerangan lebih lanjut.

Pelancaran web jualan ebook ini juga cukup bermakna kerana post pelancaran ini merupakan post ke-100 saya sepanjang mengendalikan blog ni. Sedar tak sedar, rupanya dah 100 kali saya menulis dalam blog ni.. Macam2 tema yang saya tulis. Ada yang pasal cendawan, ada yang pasal pengalaman sendiri dan kadang2 luahan perasaan. Cepat sungguh masa berlalu ye..

Itu sahaja kali ni, jumpa lagi.





p/s : Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan sepanjang menjayakan projek ebook ini

Wednesday, April 15, 2009

Ebook Panduan Cendawan Tiram


Salam buat pembaca,

Saya ingin umumkan bahawa kami bakal melancarkan ebook Panduan Cendawan Tiram tak lama lagi. Tarikh rasmi pelancaran web jualan ebook ini dijadualkan pada Isnin depan, 20 April nanti. Inilah rupanya ebook tersebut.

Ebook ini pada dasarnya ialah versi super upgrade dari ebook terdahulu. Kandungannya telah dipertingkat lebih sekali ganda dan dilengkapi dengan pelbagai bonus yang berguna untuk para usahawan cendawan. Saya tidak ingin cerita lebih panjang mengenai kandungannya sebab ia belum dilancarkan lagi. Tapi, elok saya paparkan pandangan beberapa orang rakan yang telah membaca ebook ini ;

"saya dah review ebook cendawan ni dan pandangan saya ia satu ebook yang menarik, sangat informatif dengan maklumat yang lengkap tentang teknik dan tip menjalankan bisnes cendawan dan juga penyediaan beg cendawan. yang paling penting banyak dimuatkan pengalaman saudara dalam memulakan bisnes ni yang boleh dijadikan panduan buat bakal usahawan yang ingin menceburi bidang ini.
Ok, komen saya, : Menarik. Sangat informatif dan satu panduan serta manual yang berguna buat bakal usahawan cendawan."


"Syabas Lan ,

Ebook anda sungguh power , semua topik yang patut ada sudah pun dilengkapi , perfect dan mencukupi untuk

pengusaha-pengusaha baru.

Saya rasa ia akan mendapat sambutan yang baik apabila dilancarkan nanti.

Tahniah ! "
- Goh, Rase Mushroom

Selain satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan yang mengandungi puluhan gambar pelbagai tema, ebook ini turut dilengkapi dengan satu pakej bonus yang cukup menarik dan berguna.

1 ) Bonus 1, Buku Resepi Masakan Cendawan - Mengandungi pelbagai resepi pilihan berasaskan cendawan.

2 ) Bonus 2, Direktori Usahawan Cendawan Malaysia - Mengandungi maklumat lengkap usahawan cendawan di Malaysia. Turut mengandungi tips bagaimana untuk buat lawatan ilmiah ke projek cendawan secara lebih beretika dan efektif.

3 ) Bonus 3, Panduan Pemasaran Melalui Internet Khusus untuk Usahawantani - Sebuah ebook yang wajib dimiliki oleh para usahawantani yang ingin mempromosikan perniagaan mereka melalui intenet. Ianya ditulis oleh saudara Bob dari Jutawantani. Untuk pengetahuan, saudara bob telah menjadi usahawan berjaya melalui kaedah ini.

4 ) Bonus 4, Kupon Diskaun Rm20 untuk menyertai kursus intensif projek cendawan anjuran Chini Agro.

5 ) Bonus 5, Khidmat konsultansi percuma dari Chini Agro.

Harga ebook ini termasuk dengan segala bonus di atas adalah RM40. Tetapi, sebagai promosi, saya akan menjualnya pada harga Rm30 hanya untuk 30 pembeli terawal sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Saya juga ingin membuka peluang kepada pembaca blog ini untuk dapatkannya lebih awal sebelum tarikh perlancaran ebook tu. Anda boleh dapatkannya dengan memasukkan RM30 ke akaun berikut ;

CIMB : 0506 0123 3465 26
Maybank : 1060 1701 0511
( zamlan bin shamsuddin )

Kemudian smskan nama, email dan butiran transaksi tersebut ( tarikh,masa dan bank mana) ke 019-3951516. Saya akan emailkan anda link untuk download ebook tersebut bersama dengan passwordnya pada hari ahad nanti. Ebook ini bukan hanya untuk orang baru ingin berjinak-jinak dengan projek ini, tetapi untuk mereka yang telah pun memulakan projek sama ada secara kecilan atau sederhana. Saya mengaku bukanla pakar atau orang yang paling berjaya, tapi saya pasti ada ilmu yang saya boleh kongsi bersama dengan anda.

Harga RM30 tu terlalu murah jika dibandingkan dengan usaha saya selama berbulan-bulan malahan bertahun untuk kumpulkan semua isi kandungannya. Anda tak perlu 'invest' sebanyak tu utk dapatkan ilmu mengenai projek cendawan ini... Itu belum dikira dengan dengan wang ringgit dan masa yang digunakan.

Yang lebih menarik, ebook ini ada JAMINAN. Jika anda dapati kandungannya tidak dapat membantu anda menjana pulangan melalui cendawan, saya akan pulangkan wang anda. Maknanya pembeli ebook ini tidak akan menanggung risiko kerugian akibat beli ebook ini.

Kepada rakan2 yang mempunyai blog atau website, saya ingin menjemput anda menyertai program affliate (rakan niaga) yang kami sediakan. Anda boleh daftarnya melalui link 'join affiliate' yang terdapat di bawah web jualan tu nanti. Anda akan terima komisen jika ada pembeli yang membeli ebook ini melalui web/blog anda. Jika ada yang kurang jelas mengenai perkara ini, boleh kontek saya..

Itu sahaja, tunggu pelancaran ebook pada isnin depan ye..