Banner Ebook 468X60

Tuesday, November 23, 2010

Projek Pisang Berangan

Salam buat pembaca,

Pernah makan pisang berangan? Ini salah satu jenis pisang favourite saya selain pisang mas. Isinya lembut dan enak dan sesuai sekali makan macam tu je. Dari segi khasiat pun, pisang mengandungi tenaga (kcal) yang tinggi. Sebab tu selalu nampak dalam tv pemain tenis makan pisang waktu 'brake'.

Baru-baru ni ayah dapat projek baru, tanam 3,000 anak pisang berangan di kawasan tanam semula kelapa sawit. Kebetulan, kawasan projek pisang ni dekat aje dengan bangsal no.1 dan 2 kami. Jadi mudahla nak store barang2 dan tool menanam pasang ni.

Projek ni adalah insentif felda untuk membantu peneroka mendapatkan pendapatan alternatif sementara menunggu anak-anak sawit keluarkan hasil. Biasanya anak sawit mula keluarkan hasil selepas 3 tahun. Dalam tempoh ini, peneroka boleh mengusahakan projek tanaman pisang berangan menggunakan ruang antara baris-baris anak sawit. Seperti biasa, felda sediakan semua peralatan asas termasuk bekalkan anak pisang dan juga baja. Peserta projek ni cuma perlu tanam anak-anak pisang di batas yang siap di bajak dengan jarak kira-kira 6 kaki. Kemudian anak pisang ni perlu dijaga hinggala keluarkan hasil. Pihak felda akan membeli hasil daripada peserta pada satu harga yang telah ditetapkan. Jadi, semakin tinggi hasil, makin banyakla pendapatan peserta tu nanti. Peserta tak perlu lagi fikirkan masalah pasaran.

Waktu cuti AidilAdha haritu, dapatla kami adik beradik membantu ayah menanam anak-anak pisang. Jumlah 3,000 pokok bukanla jumlah yang kecil. Dalam sehari, dengan 3,4 orang manpower, cuma 2,3 ratus anak pokok sahaja mampu di tanam. Itupun bergantung juga kepada keadaan cuaca...

Selama ni setahu saya kalau nak tanam pisang, kena guna anak pokok sebagai benihnya. Anak pokok ni dicantas bahagian atas supaya tinggal perdu dan batangnya sahaja. Anak pokok cuma boleh diperolehi daripada sekitar kawasan pokok pisang. Maknanya, kalau takde pokok pisang, maka tiadala benih pisang.

Tapi projek pisang berangan ni gunakan teknik klon untuk hasilkan anak benih. Jangan tanya saya macam mana teknik klon ni, tapi inilah rupanya anak pokok pisang klon dalam polibeg ;




Pokok pisang juga mempunyai penyakitnya yang tersendiri. Menurut ayah, penyakit paling biasa ialah bintik daun dan serangan ulat daun. Sebab tu amat penting untuk sentiasa mencantas daun-daun yang tua untuk kawal penyakit ni. Selain tu, setiap tandan buah yang keluar hendaklah dibungkus segera untuk elak serangan serangga. Mm, saya agak tertanya-tanya adakah pisang mempunyai penyakit setanding dengan penanaman cendawan.

Sekian,

Lanchini.







Saturday, October 9, 2010

Test Bungkah

Salam buat pembaca,

Sejak bulan 6 yang lepas, saya telah mula bekerja kembali di sebuah syarikat berkaitan kejuruteraan di Kuantan. Serentak dengan itu, aktiviti berkaitan cendawan saya telah diperlahankan supaya dapat beri komitmen terhadap kerja baru ni. Tapi bukan bermakna saya tidak lagi mengusahakannya, cuma tak serancak awal tahun 2010 haritu. Setelah beberapa bulan mencuba, saya ambil keputusan utk menjadikan perusahaan ini hanya sebagai side income. Waktu berhenti kerja lama, saya memang nak jadikannya sebagai sumber pendapatan utama, tapi atas masalah2 yang berlaku sebelum ni, saya simpulkan yang persediaan kami masih belum cukup. Biarla projek tak sebesar mana, asalkan ia membawa keuntungan sesuai dengan usaha dilakukan.

Terbaru, saya telah membeli bungkah dari seorang pengusaha di Johor. Saya membeli sebanyak 200 bungkah sebagai percubaan. Dah lama betul rasanya tak beli bungkah, last sekali haritu pun dalam tahun 2008 rasanya..



Mengapa saya beli bungkah ni? Semua ni berpunca dari testimoni seorang rakan yang telah membeli 14000 bungkah dari pengusaha ni. Saya tak beberapa hairan mengenai kadar penyakit rendah pada peringkat pertumbuhan maisilium. Saya lebih berminat dengan kadar penyakit selepas tuaian pertama. Satu lagi saya ingin tahu jumlah hasil yang mampu dikeluarkan selepas beberapa kali pusingan tuai hasil.

Menurut kawan saya ni, setelah 5 kali tuai, dia telah berjaya memperolehi lebih daripada 2600kg cendawan. Dia yakin untuk dapat lebih dari 3000 kilo sebelum melupuskan bungkah-bungkah tu. Dan dari segi kadar penyakit, jumlahnya sangat-sangat minima, kurang dari 1% walau dah 5 kali tuai hasil. Memang di puas sangat-sangat puas hati , tak perlu bersusah payah membuang bungkah rosak, tunggu hasil keluar dan petik sahaja.

Untuk pastikan kualiti bungkah constant atau tidak, kawan saya telah membeli 14000 bungkah lagi. Beberapa bulan lagi, dapatla tau keputusannya camana ye..

Sekian,

Lanchini







Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya !



Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua pengunjung blog ini. Saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang post atau perkataan yang menyakiti hati sesiapa.

Sekarang ni saya agak slow dalam update blog ini atas faktor2 tertentu. InsyaAllah saya akan ceritakan perkembangan terbaru Chini Agro dalam post yang akan datang. Selamat hari raya sekali lagi.

Sekian.

Lanchini.

Thursday, July 29, 2010

Kentang Spring di Kuantan

Salam buat pembaca,

Baru-baru ni saya mula perasan kemunculan sejenis makanan yang dikenali sebagai Kentang Spring atau Potato Spring di Kuantan. Ianya ialah ubi kentang goreng yang dipotong secara berpintal-pintal, macam spring dan dicucuk lidi seperti satay. Sebelum digoreng, ianya dicelup ke dalam bancuhan tepung. Rupa kentang spring ni agak unik dan mudah menarik perhatian orang ramai.
Secara kebetulan, ada member yang juga pengusaha cendawan kini turut menjual kentang spring ni di gerai pasar malamnya. Aritu, waktu menghantar cendawan ke seorang pelanggan, saya sempat lepak-lepak di gerai Adi dan melihat bagaimana di memproses kentang spring di gerainya. Menurut Adi, dia baru seminggu dua memulakan jualan kentang spring ni dan setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan.


Nadi utama untuk membuat kentang spring ialah alat pemotong khas seperti ini ;


Fungsinya ialah untuk memotong kentang lapisan demi lapisan. Mesin ni nampak simple je, tapi harganya boleh tahan. Mata pisaunya boleh diubah suai untuk dapatkan ketebalan hirisan yang di ingini. Selepas dipotong, kentang akan ditarik ke bawah lidi, dan bentuknya akan menjadi seperti spring. Oh ye, untuk dapatkan hasil yang baik, hanya kentang gred A sahaja digunakan oleh Adi. Kentang bersaiz kecil tak boleh ditarik hingga ke bawah dan kelihatan cacat.


Di gerai Adi, setiap kentang spring akan diletakkan 2 perisa asas iaitu sos cili dan mayonese. Ia kemudian akan ditabur dengan perisa tambahan yang boleh dipilih pelanggan. Harganya pula sekitar RM2-RM3 bergantung kepada saiz kentang spring tersebut.


Saya amat positif kentang spring ni bakal 'hit' di pasaran kuantan. Bentuk yang unik menjadi penarik utama dan rasanya juga tidak menghampakan. Dengan satu cucuk sahaja, kita boleh menjadi kenyang. Memang berbaloi. Thanks buat Adi yang sudi memberi penerangan mengenai kentang spring ni kepada saya.

Sekian.

Lanchini

Friday, June 11, 2010

Beli Bungkah berbenih

Cara yang paling cepat, mudah dan murah untuk memulakan perusahaan cendawan ialah dengan membeli bungkah berbenih. Dengan cara ni, pengusaha terutamanya yang baru tidak perlu menyediakan fasiliti seperti tempat penyimpanan bahan mentah, tempat operasi buat bungkah, alat kukus dan macam2 lagi peralatan lain. Apa yang perlu dibuat hanyalah sediakan bangsal cendawan beserta rak di dalamnya. Ramai pengusaha cendawan memilih cara ini sebelum kembangkan perusahaan sikit demi sedikit.

Tapi adakah cara ini senang untuk membuat keuntungan? Bagi saya, ianya sangat-sangat bergantung kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pembeli (pengusaha) dan juga pembekal bungkah cendawan berbenih tu.

Kelemahan utama cara ini ialah pembeli tidak mengawal proses membuat bungkah. Oleh itu, jika terdapat sebarang kesilapan atau kelemahan di pihak pembekal, pembeli akan mendapat tempiasnya. Risiko ini perlu ditanggung oleh pihak pembeli. Terdapat juga pembekal yang menawarkan JAMINAN, tapi untuk claim jaminan ini, ianya bukan mudah. Pihak pembekal tidak akan menerima sebarang claim tanpa melakukan siasatan. Lebih lebih lagi jika kuantiti bungkah yang di claim tu banyak hingga cecah ribuan bungkah. Pihak pembekal juga ingin mengelakkan kerugian di pihak mereka.

Bagi pihak pengusaha atau pembeli juga, mereka harus ada ilmu yang secukupnya terutama mengenai penjagaan bungkah. Mereka harus tahu ciri-ciri bangsal cendawan yang bagus dan paling penting tahu mengawal penyakit yang sering menjadi masalah kepada pengusaha. Dalam perusahaan cendawan, faktor penjagaan juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah penyakit. Selain dari tu, pengusaha harus bijak menilai pembekal bungkah supaya bungkah yang dibeli tu benar-benar bermutu dari segi kualiti produk dan juga servis dari pihak pembekal. Jangan juga mudah terpedaya dengan faktor harga semata-mata.

Saya berpengalaman berada di kedua-dua belah pihak. Saya pernah menjadi pembeli bungkah yang bermasalah dan saya juga pernah menerima claim mengenai bungkah kami yang bermasalah. Kedua-duanya tetap memeningkan kepala menyebabkan saya serik untuk menjual dan membeli bungkah dalam kuantiti yang besar.

Kawan saya, Arish (kuantan Agro) telah mengusahakan cendawan dengan membeli bungkah selama lebih 4 tahun. Baru-baru ni dia meluahkan perasaan terhadap masalah dengan pembekal bungkahnya di dalam blog Kuantan Agro. Anda boleh membaca kisahnya yang rugi lebih daripada RM20000 apabila bungkah yang dibeli dari pengusaha terkenal mengeluarkan masalah yang bermacam-macam..


Sekian,

Lanchini




Download Laporan KONSPIRASI ADSENSE ini !