Sunday, September 2, 2007

Rumah kukus baru

Setelah mengusahakan projek cendawan selama beberapa bulan, saya mula memahami punca2 berlakunya penyakit. Hasil pengalaman sendiri serta perbincangan dengan rakan pengusaha lain, sebahagian besar penyakit berpunca daripada proses mengukus yang tidak sempurna. Untuk kes saya, boleh dikatakan 60% penyakit berpunca daripada masalah kukus.

Saya menggunakan tong dram yang telah diubah suai utk dijadikan alat kukus. Sebanyak 80 beg media boleh dimuatkan dalam satu proses kukus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam. Satu tong gas pula boleh digunakan untuk 2.5 kali kukus atau lebih kurang 200 beg media. Jika dibandingkan dengan seorang rakan yang menggunakan rumah kukus, dia mampu mengeluarkan 1000 beg media sekali kukus dengan satu tong gas yang diguna hingga habis. Satu lagi kelebihan rumah kukus ialah kadar reject yang sangat kurang kerana tempoh masa kukus yang mencecah hingga 10 jam! Menurutnya, dalam 1000 beg , tidak lebih daripada 5 yang akan reject. Berbanding dengan saya, dalam 1000 tu mesti tidak kurang 50 akan reject. Kadang-kadang, 200 beg media dibuang pun pernah berlaku.

Saya membuat keputusan untuk menukar tong dram kepada rumah kukus yang lebih besar. Saya mula berbincang dengan seorang rakan yang mengusahakan kedai besi. Namanya Keri, member kamcing dan juga bekas ketua pengawas semasa bersekolah di kampung dulu. Kini dia mempunyai kedai besi yang di beri nama 'Arc Welding Specialist' dengan 7 orang pekerja. Saya menerangkan kepadanya bagaimana ia sepatutnya berfungsi, tempoh masa kukus serta kapasiti yang saya inginkan. Tak lupa dengan anggaran kos yang saya peruntukkan.

Hasil pemerhatian ke atas rumah kukus pengusaha lain, saya bercadang untuk membuat rumah kukus yang mampu memuatkan lebih kurang 600 beg media. Saiz yang paling sesuai adalah 4 X 5 X 5 kaki. Pengetahuan saya dalam mekanikal engineering banyak membantu saya dalam membuat design serta material yang bersesuaian dengan keperluan saya.

Setelah bersetuju dengan harga, Arc Welding mula membuat rumah kukus saya. Tempoh untuk disiapkan dianggarkan lebih kurang 2 minggu. Inilah gambar rumah kukus yang dalam proses pembikinan.



Saya yakin rumah kukus ni mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti beg media kami. Angan-angan saya, dengan adanya rumah kukus ni, bolehlah kami menjual beg media ( bungkah cendawan ) pula.

5 comments:

e-cendawan.com said...

Salam...
Saya nak tanye skit la...

Rangka dari besi tahan karat ke? Camne pulak dengan bodynya, zink atau aluminium?

From: Azhari (e-cendawan.com)

lanchini said...

Semua material yang guna adalah jenis normal steel. Rangka saya guna angle iron dan body daripada steel plate 2 mm. So memang akan karat. Tapi karat ni takkan ganggu kualiti atau sebabkan penyakit kepada beg media. Ini adalah pengalaman member yang dah buat la..
Kalau guna material tahan karat macam stainless steel atau aluminium, memang lagi bagus, tapi kos akan melambung tinggi, saya tak mampu le...Jenis ni pun dah ok sebab terbukti mampu bertahan paling kurang 5 tahun.
Anyway saya akan cuba dan nengok la hasilnya nanti..

e-cendawan.com said...

Ok camtu ke.... berape kos agaknya untuk buat steamer tu? Bleh saya dapatkan plan/lukisan untuk hasilkan steamer camtu kalau en. lanchini tk keberatan bleh e-mailkan pada saya di e.cendawan@yahoo.com

From: Azhari (e-cendawan.com)

lanchini said...

Azhari,

Kos dalam RM2.2 k.. Saya takde proper drawing, cuma sketch aje. Tapi kalu awak nak, saya akan sketch lebih kurang dlm excell file dan antar pada awak. Manalah tau boleh membantu..


Terima kasih..

wira hitam said...

assalamualaikum, sy pun masih baru buat cendawan ni, sy pun dlm proses mahu buat rumah steamer nie, cuma sy nk bertanya, boleh tidak kt guna heater, mcm heater air masak tue. apakah kekurangan dan kelebihan?