Sunday, September 9, 2007

Rumah kukus siap!

Selepas 3 minggu, akhirnya rumah kukus saya siap. Budget 2 minggu je, tapi atas pelbagai sebab, tempohnya menjadi panjang.

Saya gunakan batu bata dan simen untuk buat tapaknya.

Ini pula pandangan dalam rumah kukus.


Rumah kukus ni ada 2 tingkat, tujuannya supaya bakul berisi beg media bahagian bawah tidak akan merasai bebanan berlebihan. Setiap tingkat ada kayu saiz 2X3 sebagai lantai penyokong. Kalau guna bakul bekas longan, setiap tingkat boleh muatkan lebih kurang 14 bakul. Tapi saya bercadang nak guna bakul yang dibuat daripada besi yang boleh disusun hingga 40 bakul kedalam rumah kukus ni.. Ini adalah idea yang saya dapat waktu melawat ladang milik RASE mushroom aritu...

Gambar ni saya ambil selepas trial run. Kami guna 2 dapur supaya air cepat mendidih. Nampaknya bahagian pintu perlu ditambah selak sebab terdapat stim yang bocor keluar terutama di bahagian tempat daun pintu bertemu.Terlalu banyak stim keluar pun tak elok sebab nanti ada beg media yang tak cukup kukus dan jadi berpenyakit.

Saya berharap rumah kukus ni dapat membantu kami mengurangkan masalah reject. Rasa sedih jugak apabila kita terpaksa buang beg media begitu sahaja sebab dah banyak duit serta tenaga yang dilaburkan.. Kekadang sakit hati pun ada. Tapi apa boleh buat, kita mesti belajar dari kesilapan dan sentiasa improvekan diri... Melihat blog rakan-rakan pengusaha lain banyak membantu menaikkan motivasi diri saya..

No comments: