Banner Ebook 468X60

Wednesday, June 11, 2008

LAWATAN KE PROJEK FERTIGASI

Sempena dengan cuti persekolahan yang lalu, saya telah balik kampung ke rumah mertua yang terletak di Felda Bukit Bading, Ajil Terengganu. Dah lama saya tak pulang kesana. Sudah tentu komitmen atas projek cendawan merupakan salah satu puncanya...

Saya tak lama di sana, cuma 3 hari 2 malam. Namun begitu, saya sempat lagi pergi melawat sebuah projek fertigasi yang terletak di kampung berdekatan. Sebelum ni saya pernah melawat tapak tersebut, tapi waktu tu projek sebenar fertigasi belum di mulakan lagi. Yang ada cuma dereten rumah teduh yang dihimpunkan dalam beberapa kelompok. Saya tertarik dengan projek fertigasi selepas menonton TV3 yang menyiarkan kisah kejayaan seorang pengusaha di Terengganu. Sebelum mulakan projek cendawan ni, saya pernah berkira-kira untuk melakukan fertigasi secara kecil-kecilan..



Tapi kali ni saya lebih bernasib baik. Projek fertigasi yang di namakan Fertigasi Mega ni rupanya telah pun bermula pada hujung tahun lalu. Saya tahu perkara ni melalui salah seorang pesertanya yang di kenali dengan Abg Man. Walau baru kenal, Abg Man tak lokek dengan ilmu. Dia sudi melayan pelbagai pertanyaan dari saya. Inilah Abg Man yang sempat memberi pose istimewa..



Menurut Abg Man, Fertigasi Mega merupakan projek kerajaan negeri di bawah seliaan Jabatan Pertanian Terengganu (JPT). Pesertanya terdiri daripada penduduk-penduduk miskin dari kampung berdekatan. JPT menyediakan segalanya dari tapak hinggalah ke baja dan benih. Dari segi pemasaran, JPT akan membeli semua hasil dari peserta pada harga tertentu. Mereka turut menghantar pesertanya berkursus selama seminggu di Ayer Hitam, Johor. Menurut Abg Man, kos menyediakan tapak termasuk piping untuk setiap lot peserta adalah RM50K! Dan mereka mendapatnya secara percuma! Memang bertuah betul penduduk Terengganu....


Kali ni mereka sedang mengusahakan tanaman tembikai susu. Waktu saya datang, tanaman mereka berusia dalam 45hari. Saya di fahamkan tempoh matang tembikai susu ialah 70 hari. Lewat sikit dari tanaman cendawan. Buah setiap pokok di hadkan kepada 2 biji shj demi mendapatkan buat yang besar dan sihat. Berat setiap buah di anggarkan dalam 1.2kg. Secara kasarnya, setiap lot akan mengeluarkan 2000 buah tembikai dan harga yang dibeli oleh JPT RM2.80 sekilo. Lumayan jugak ye.



Dari penerangan Abg Man, nadi kejayaan fertigasi ialah sistem pengairannya. Sukatan setiap baja mesti diukur parameter seperti ph dan suhu dengan alat khas. Tinggi paip pun perlu diselaraskan dengan teliti agar tidak aliran air baja sama rata antara setiap polibeg. Media yang mereka gunakan ialah habuk sabut kelapa.


Fertigasi merupakan sistem penanaman moden yang menarik untuk dipelajari. Cuma kos nya agak men'gerun'kan saya. Waktu belajar di Jepun dulu, saya sering tertanya-tanya bagaimana petani di sana mampu mengeluarkan hasil yang baik sepanjang musim tahun. Negara itu tak perlu mengimport beras atau sayuran dari negara lain walau pun keluasan tanahnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia. Jawapannya ialah TEKNOLOGI. Dan fertigasi adalah salah satu darinya...

Sekian,
Lanchini

1 comment:

Asian Academy for Agricultural Technology said...

kami ada stock coco peat .
harga ialh. RM6 untok 5kg block.
discount boleh d beri kloe order libeh dari 2000 block.
call. 0123795729
Chandra R
marketing@seribubio.com