Banner Ebook 468X60

Sunday, June 22, 2008

Kisah harga

Salam buat pembaca,

Kenaikan harga minyak baru-baru ni banyak memberi kesan kepada saya dan Chini Agro. Dulu bila takde urusan di hujung minggu, saya akan ronda2 ke projek-projek cendawan berdekatan. Tujuannya untuk menambah ilmu di dada sambil bertukar-tukar pendapat. Tapi sekarang kena hadkan aktiviti tu. Kalau tak, melambungla kos minyak tiap2 bulan. Nak balik ke Chini pun tak boleh sekerap dulu lagi.

Setakat ni pembekal habuk kayu dan benih sudah menaikkan harga. Barang-barang lain pun menunggu masa aje dan memang pasti akan naik. Nasib baik aritu beli set penutup, dedak dan plastik dalam kuantiti yang agak banyak, jadi buat masa ni kami belum menerima kesan yang ketara. Kebanyakan pembekal masih mengatakan harga belum stabil dan mungkin akan berubah lagi selepas bulan 7. Ini gara-gara tarif baru elektrik yang akan diperkenalkan..

Sebagai pengusaha kecil, kesan kenaikan minyak dan elektrik pasti akan menjejaskan operasi kitorang. Bab naik harga ni dah jadi topik tetap tiap kali berjumpa dengan member seperjuangan. Masing-masing geleng kepala kerana kenaikan drastik harga minyak kali ni.. Transportation adalah nadi hampir semua bisnes. Bila kosnya meningkat, semua harga barang pun turut naik.

So far persatuan pengusaha cendawan pantai timur (PPCPT) belum dapat berfungsi dengan baik. Selepas perjumpaan aritu, masih belum ada langkah susulan untuk menggerakkan PPCPT. Saya harap, kami dapat berkumpul sekali lagi dan membincangkan mengenai masalah kenaikan harga bahan mentah ni. Masa camni la PPCPT dapat berfungsi untuk membantu ahli yang bernaung di bawahnya.

Chini Agro masih mengekalkan harga bungkah dan cendawan hinggalah hujung bulan ni. Tapi kami terpaksa juga revisekan harga bermula dari Julai nanti. InsyaAllah harga baru akan naik sedikit mengikut kadar kenaikan kos kami.


Sekian dulu,

Lanchini

No comments: