Banner Ebook 468X60

Monday, June 23, 2008

Balik Hujung Minggu

Minggu lalu saya sempat pulang ke kampung. Ada 2 sebab utama saya pulang ke Chini. Yang pertama ialah kerana majlis pertunangan adik pada hari Sabtu. Sebab kedua pula kerana ingin menguruskan penghantaran 5000 bungkah ke Kuantan pada hari Ahad.

Alhamdulillah, majlis pertunangan adik berjalan dengan lancar tanpa ada masalah besar. Adik saya ni dipelihara oleh ibu saudara sejak dari kecil lagi. Jadi majlis pertunangan pun di adakan di rumah ibu saudara di Lepar Hilir. Walau pun tidak membesar bersama-sama, tapi kami adik beradik sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Habis majlis, saya terus bergegas pulang ke Chini. Nak bungkus 5000 bungkah tu perlukan masa jugak. Cara kami ialah masukkan ke dalam plastik besar yang boleh memuatkan 12 bungkah. Mula-mula kena kira dulu berapa banyak plastik yang diperlukan untuk memasukkan 5000 bungkah tu. Pastu keluarkan plastik sebanyak yang diperlukan sahaja dan bahagi-bahagikan kepada pekerja. Setiap pekerja kena masukkan 12 bungkah ngam2 ke setiap plastik. Plastik yang pecah pula hanya akan diganti kemudian. Cara ni lebih mudah dan tersusun dari mengira bungkah dahulu. Oh ye, tarikh suntik akan di tulis pada luar plastik untuk memudahkan customer.

Sampai ke petang barulah kerja mengisi ke dalam beg plastik siap. Kami agak berhati-hati untuk pastikan tiada bungkah yang rosak atau berpenyakit terlepas ke customer. Bungkah yang kami jual semuanya berusia 2 minggu ke atas. Yang dah dah nak keluar hasil pun ada!





Pada hari Ahad, bungkah2 ni selamat di hantar kepada tuannya. Terima kasih kepada cik Farah sekeluarga dari Taman Guru, Kuantan atas pembelian ini. Cik Farah sebelum ni telah pun mengusahakan projek cendawan di belakang rumah ayahnya kira-kira 2 tahun lepas. Tapi, projek ni berehat seketika masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebelum ni mereka dapatkan bungkah daripada pengeluar cendawan terkenal iaitu C&C dari Johor. Saya sempat meninjau keadaan bangsal beliau. Binaanya cukup simple tapi kemas. Pengudaraan dan suhunya pun cukup baik. Sayangnya tak teringat pula untuk mengambil sekeping 2 gambar.

Sebelum pulang semula ke Chini, saya sempat bertemu dengan Puan Hani, setiausaha kepada Persatuan Pengusaha Cendawan Pantai Timur (PPCPT). Puan Hani memang aktif, walau sibuk bekerja beliau masih sempat menjalankan bisnes cendawan. Sekarang ni dah jadi salah seorang pembekal utama peralatan cendawan di sekitar Kuantan dan Kemaman. Saya ingin mendapatkan benih cendawan dari beliau. Sebelum ni saya selalu mendengar bahawa benih ni mengeluarkan hasil yang banyak. Jadi elok la saya mencuba walau dengan 20 beg dahulu. Tapi nasib saya kurang baik, hanya 13 beg saya yang dpt dibeli kerana kehabisan stok. Saya dapat pun yang dah sangat2 matang. Yang menariknya benih ni tak gunakan gandum sebagai media, tapi habuk kayu.



Sekian dulu,


Lanchini

No comments: