Banner Ebook 468X60

Wednesday, February 20, 2008

Bangsal ke-3

Hari tu saya juga sempat ambil gambar bangsal ke-3 Chini Agro. Nengoklah kat slide show bawah ni (saja nak test slide.com ni..). Struktur luar tu kiranya 90% dah siap. Kat belah dalam tu langsung tak siap, hehe. Kami hanya upah orang utk buat bangsal je, rak tu buat sendiri. Menurut ayah semalam, kayu dah sampai. Kalau tak ada aral melintang, hujung minggu ni abang ipar saya akan balik kampung dan buatkan rak tu. Saya mungkin tak boleh nak menolong sebab time tu sedang buat kursus...
Saya jangkakan bangsal ni boleh menampung hingga 8000 bungkah. Dengan kapasiti sekarang, kami perlukan satu bulan untuk penuhkannya. Tapi tu kalau semua bahan mencukupi. Kadang-kadang tu terputus jugak bekalan bahan mentah, maklumla modal tak seberapa. Moga duit hasil dari kursus kali ni boleh membantu..

Monday, February 18, 2008

LAWATAN MUHIBBAH KE PEKAN CENDAWAN


Sabtu 16hb yang lalu, Chini Agro berkesempatan untuk melawat satu lagi projek cendawan di daerah pekan yang dikenali sebagai Pekan Cendawan. Rombongan kami terdiri daripada saya, ayah, mak dan juga adik lelaki saya. Dah lama saya merancang untuk datang ke sini, namun banyak perkara yang menyebabkan saya terpaksa menangguh hasrat tersebut.

Projek Pekan Cendawan mempunyai konsep yang berbeza daripada projek lain yang pernah saya lawati sebelum ini. Ianya adalah satu projek yang mempunyai matlamat utk tingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar di daerah Pekan. Para pesertanya dibahagikan kepada fungsi2 tertentu seperti pengusaha, pembekal beg, pemborong, peniaga dan juga pengusaha IKS. Dengan cara ini, setiap peserta dapat memberi tumpuan kepada fungsi masing-masing. Sistem secara gabungan ini juga dapat memberi 'kekuatan' kepada Pekan Cendawan untuk menerajui perusahaan cendawan di Pahang khususnya.

Tujuan kunjungan Chini Agro kesana adalah untuk mencari peluang kerjasama yang boleh dijalinkan dengan Pekan Cendawan. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada En Zainuzi Hassan, pengurus projek kerana sudi meluangkan masa sibuk beliau untuk melayan kami. Sewaktu kami sampai pun, beliau sebenarnya sedang sibuk memberi taklimat kepada beberapa orang pelajar UiTM Jengka. Sementara menunggu beliau, saya sempat pusing-pusing di tapak projek mereka.

Tapak projek mereka sebenarnya adalah sebuah dewan futsal yang telah diubah suai. Rak cendawan didirikan disatu bahagian dewan. Rak-rak ni pula dibahagikan kepada beberapa blok dimana setiap peserta akan mempunyai blok masing-masing. Peserta atau pengusaha cendawan ini perlu menjaga bungkah-bungkah cendawan hinggalah ianya mengeluarkan hasil. Pihak Pekan Cendawan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Pekan akan memantau kerja-kerja mereka.



Menurut En Zainuzi, setiap peserta akan datang setiap hari dan menguruskan blok masing-masing selama 2 hingga 4 jam setiap hari. Mereka diberikan log book atau check sheet untuk merekodkan perkembangan bungkah masing-masing. Menurut anggaran saya, setiap blok mampu menempatkan kira-kira 3000 bungkah. Namun sewaktu kami datang, hanya sebilangan kecil bungkah cendawan yang ditempatkan di atas rak. Sebahagian besar bungkah telah diasingkan dan diatur di sudut yang lain. Menurut En Zainuzi, bungkah tersebut terpaksa diasingkan kerana ianya tidak mencapai piawaian mereka dan berkemungkinan besar perlu dilupuskan.


Perbincangan kami kemudiannya di sambung di pejabat Pekan Cendawan yang terletak di kg Mengkasar. Sebelum tu, kami sempat minum petang di gerai Murtabak Mengkasar yg terkenal dengan keenakan murtabaknya. Rasanya memang sedap, saya pasti akan datang lagi selepas ni!


En Zainuzi menerangkan dengan lebih detail perjalanan projek Pekan Cendawan. Beliau bercita-cita untuk mengembangkan projek ini keseluruh 137 buah kampung yang berada di dalam parlimen Pekan. Jenis perusahaan yang akan dijalankan juga akan dikembangkan kepada pelbagai aktiviti lain seperti penanaman cili, sayuran dan penternakan. Dengan cara ini, beliau berharap dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.


Pihak Pekan Cendawan juga menunjukkan minat untuk mendapatkan bungkah dari Chini Agro. Bagi saya, ini adalah satu peluang yang baik untuk kami mengembangkan lagi operasi kami. Pada dasarnya, kami telah bersetuju dengan beberapa syarat yang dikenakan seperti harga, tempoh penghantaran dan beberapa terma lain. Saya sedar, dengan menerima syarat2 ini, kami perlu berusaha untuk meningkatkan kapasiti Chini Agro sambil mengekalkan kualiti yang sedia ada. Ini bukanlah perkara yang mudah, tapi saya memang sukakan cabaran sebegini kerana ia merangsang kami untuk lebih berusaha. Saya berharap, perkara ini dapat diputuskan dalam bentuk yang lebih rasmi tidak lama lagi.


Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Zainuzi Hasan atas kepercayaan pihak beliau terhadap kami. Saya yakin, dengan visi serta daya pimpin beliau, projek Pekan Cendawan pasti akan lebih berjaya. Kami turut merasa berbangga kerana menjadi sebahagian daripadanya...


Sekian


Lanchini

Monday, February 11, 2008

BALIK GANU!

Bersempena dengan cuti tahun baru cina, saya sekeluarga pulang ke kampung isteri di Ajil, Kuala Terengganu. Dah agak lama saya tak pulang, maklumla saya ni memang susah nak dapat cuti yang panjang. Kali terakhir pulang pun ialah pada Hari Raya Korban yang lalu...

Saya dapati suasana negeri Terengganu agak meriah. Bersempena dengan Majlis Perkampungan Hadhari yang diadakan, banyak kain rentang serta papan iklan berderet di sepanjang jalan. Tahun 2008 adalah tahun melawat Terengganu, jadi pelbagai aktiviti diadakan utk menarik lebih ramai pelancong. Memang banyak perubahan ketara dapat dilihat dalam negeri Terengganu berbanding beberapa tahun lalu. Ini bukanlah kenyataan politik, cuma pandangan ikhlas dari saya yang baru 'mengenali' negeri Terengganu 3,4 tahun ini.

Saya juga perasan dengan demam pilihanraya yang melanda. Poster serta bendera parti politik dikibarkan disepanjang jalan. Suasana ni agak berbeza jika dibandingkan dengan Seremban. Mungkin orang terengganu ni 'semangat'nya lebih sikit...

Salah satu acara yang saya rancang ialah utk melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Teringin jugak melihat serta bersolat dalam Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tu. Lagi satu saya nak nengok replika masjid agung dari pelbagai zaman tamadun Islam. Tak silap saya, ada lebih 20 buah replika masjid dibina diseluruh pulau tu. Nak nengok yang sebenar tu memang susah, dapat nengok yang replika pun jadila...

Pada sabtu 9 hb tu, saya pun bertolak dari Felda Bukit Bading ke sana. Dari jauh saya dah perasan bilangan kereta semakin banyak. Sampai kat Jambatan Sultan Mahmud, keta dah tak gerak. MasyaAllah, ramainya orang nak kesana. Pikir punya pikir, akhirnya tukar plan. Isteri ajak ke Chendering, kawasan pengeluar batik yang terkenal. Saya pergi ke Noor Arfa Craft Centre, satu tempat seperti muzium yang turut mempamerkan cara-cara membuat batik disamping ada ruangan untuk menjual batik.

Ingatkan harga disitu murah, tapi rupanya batik yang dijual disitu adalah batik yang bermutu tinggi, high class punya. Patutla ramai mak datin yang sibuk memilih batik disitu. Untuk saya, dapat juga saya belajar teknik-teknik mencanting batik!

Dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah di Kuala Bekah, Pulau Musang untuk melawat Tunas Mekar Enterprise, perusahaan cendawan di sana. Mungkin ada yang masih ingat mengenai kisah siswazah dari Terengganu yang mengusahakan cendawan yang dipaparkan oleh Utusan pada Februari tahun lalu. Kejayaan mereka inilah menjadi pendorong kepada ramai pengusaha baru termasukla saya sendiri.

Saya berjumpa dengan pemiliknya, saudara Izwan dan abangnya Syukri. Banyak perkara yang kami bualkan. Rupanya mereka kini dalam proses membuka satu lagi cawangan di Padang Midin. Disana, mereka telah membuka 4 buah bangsal dimana 2 daripadanya telah pun beroperasi. Hasil yang dikeluarkan adalah sekitar 15 hingga 20 kg sehari dan dikeluarkan secara tetap setiap hari. Namun masa tidak mengizinkan saya untuk pergi ke tapak projek baru mereka. Sempat juga saya ambil beberapa keping gambar kenangan di tapak projek lama mereka...








Saya doakan semoga Tunas Mekar akan lebih berjaya selepas ni. InsyaAllah, cuti sekolah bulan 5 nanti saya akan kesana lagi...


Lanchini

Tuesday, February 5, 2008



Mini Starter ke Sabah



Terima kasih kepada en Jaini dari Sipitang Sabah atas kesudian beliau membeli pakej Mini Starter kami. Pakej yang dibeli oleh beliau mengandungi 4 bungkah cendawan, 4 penutup rehat, manual penjagaan bungkah beserta dengan Ebook 'Panduan Lengkap Projek Cendawan' dengan harga RM70 termasuk kos pos laju.



Sejak pelancarannya, pakej mini starter telah pun dihantar ke hampir seluruh negara termasuk sabah dan sarawak. Terima kasih buat anda yang menyokong usaha kami.. Berita baik untuk anda yang ingin membeli ebook dan mini starter sekali gus. Anda boleh dapatkannya dengan harga RM70 sahaja (diskaun RM5). Tempoh sah, err tak tau lagi...



Ebook oleh Bob JutawanTani

Baru-baru ni, rakan saya, saudara Roozee atau lebih dikenali sebagai Bob dari JutawanTani telah melancarkan ebook yang bertajuk 'Panduan menggunakan medium internet untuk pengiklanan dan pemasaran' khusus untuk usahawan tani.

Saya sendiri telah membeli dan membacanya. Sebenarnya dah lama saya cari buku panduan sebegini. Sebelum mulakan blog ini pun saya ada beli beberapa buku yang mengajar cara melakukan internet marketing. Namun kebanyakannya tidak mengkhususkan ke bidang yang saya sedang lakukan, iaitu pertanian. Saya ni bukanlah ada back ground IT, jadi nak buat blog sebegini pun merangkak-rangkak. Dalam ebook Bob ni ada ditunjukkan cara buat blog dengan detail. Pastu ada diterangkan bab yang paling penting iaitu bagaimana untuk dapatkan bilangan trafik (pembaca ) yang tinggi. Banyak lagi isi kandungan yang menarik, tapi lebih baik anda dapatkannya sendiri melalui blog jutawantani. Harganya pun cukup menarik iaitu cuma RM25 sahaja. Pengalaman bertahun beliau dalam bidang pemasaran internet ini pasti dapat membantu anda untuk mengembangkan perusahaan anda. Selamat mencubaa!

Lanchini

Sunday, February 3, 2008

Terima kasih cikgu!

Chini Agro ingin ucapkan terima kasih kepada Cikgu Naim dari Pekan kerana sudi membeli 1500 bungkah semalam. Kuantiti ni adalah rekod kepada kami kerana inilah kali pertama orang beli melebihi 1000 bungkah! Biasanya orang beli dalam ratus-ratus je...

Sebelum ni cikgu Naim ada membeli 500 bungkah pada awal disember tahun lalu. Menurut beliau, beliau kini boleh memungut hasil hingga 8kg sehari. Beliau sungguh seronok dapat menuai dan memasarkan hasil cendawan di kawasan berdekatan rumahnya. Apa yang lebih menarik, tiada satu bungkah pun rosak walau bangsalnya pernah ditenggelami air waktu banjir aritu! Ini adalah pencapaian yang boleh kami banggakan. Berita ni memang membuatkan kami lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti bungkah kami.

Minggu ni saya tak balik kampung, dengar berita ni pun dari ayah yang telefon semalam. Jadi takdela gambar yang saya boleh kongsi bersama. Ayah sungguh bersemangat menceritakan perkembangan terbaru termasuklah kisah bangsal ke-3 yang hampir siap tu. Saya pun jadi tak sabar nak balik cuti tahun baru cina ni. InsyaAllah, nanti saya upload gambar bangsal kami yang baru tu. Tapi rak dalam tak tau lagi bila boleh siap sebab tu kami tak upah orang, buat sendiri je.. Buat hanya bila ada kelapangan.

Itu aje post kali ni, terima kasih skali lg buat cikgu Naim!

Lanchini