Monday, February 11, 2008

BALIK GANU!

Bersempena dengan cuti tahun baru cina, saya sekeluarga pulang ke kampung isteri di Ajil, Kuala Terengganu. Dah agak lama saya tak pulang, maklumla saya ni memang susah nak dapat cuti yang panjang. Kali terakhir pulang pun ialah pada Hari Raya Korban yang lalu...

Saya dapati suasana negeri Terengganu agak meriah. Bersempena dengan Majlis Perkampungan Hadhari yang diadakan, banyak kain rentang serta papan iklan berderet di sepanjang jalan. Tahun 2008 adalah tahun melawat Terengganu, jadi pelbagai aktiviti diadakan utk menarik lebih ramai pelancong. Memang banyak perubahan ketara dapat dilihat dalam negeri Terengganu berbanding beberapa tahun lalu. Ini bukanlah kenyataan politik, cuma pandangan ikhlas dari saya yang baru 'mengenali' negeri Terengganu 3,4 tahun ini.

Saya juga perasan dengan demam pilihanraya yang melanda. Poster serta bendera parti politik dikibarkan disepanjang jalan. Suasana ni agak berbeza jika dibandingkan dengan Seremban. Mungkin orang terengganu ni 'semangat'nya lebih sikit...

Salah satu acara yang saya rancang ialah utk melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Teringin jugak melihat serta bersolat dalam Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tu. Lagi satu saya nak nengok replika masjid agung dari pelbagai zaman tamadun Islam. Tak silap saya, ada lebih 20 buah replika masjid dibina diseluruh pulau tu. Nak nengok yang sebenar tu memang susah, dapat nengok yang replika pun jadila...

Pada sabtu 9 hb tu, saya pun bertolak dari Felda Bukit Bading ke sana. Dari jauh saya dah perasan bilangan kereta semakin banyak. Sampai kat Jambatan Sultan Mahmud, keta dah tak gerak. MasyaAllah, ramainya orang nak kesana. Pikir punya pikir, akhirnya tukar plan. Isteri ajak ke Chendering, kawasan pengeluar batik yang terkenal. Saya pergi ke Noor Arfa Craft Centre, satu tempat seperti muzium yang turut mempamerkan cara-cara membuat batik disamping ada ruangan untuk menjual batik.

Ingatkan harga disitu murah, tapi rupanya batik yang dijual disitu adalah batik yang bermutu tinggi, high class punya. Patutla ramai mak datin yang sibuk memilih batik disitu. Untuk saya, dapat juga saya belajar teknik-teknik mencanting batik!

Dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah di Kuala Bekah, Pulau Musang untuk melawat Tunas Mekar Enterprise, perusahaan cendawan di sana. Mungkin ada yang masih ingat mengenai kisah siswazah dari Terengganu yang mengusahakan cendawan yang dipaparkan oleh Utusan pada Februari tahun lalu. Kejayaan mereka inilah menjadi pendorong kepada ramai pengusaha baru termasukla saya sendiri.

Saya berjumpa dengan pemiliknya, saudara Izwan dan abangnya Syukri. Banyak perkara yang kami bualkan. Rupanya mereka kini dalam proses membuka satu lagi cawangan di Padang Midin. Disana, mereka telah membuka 4 buah bangsal dimana 2 daripadanya telah pun beroperasi. Hasil yang dikeluarkan adalah sekitar 15 hingga 20 kg sehari dan dikeluarkan secara tetap setiap hari. Namun masa tidak mengizinkan saya untuk pergi ke tapak projek baru mereka. Sempat juga saya ambil beberapa keping gambar kenangan di tapak projek lama mereka...








Saya doakan semoga Tunas Mekar akan lebih berjaya selepas ni. InsyaAllah, cuti sekolah bulan 5 nanti saya akan kesana lagi...


Lanchini

1 comment:

Tiket Bas Terengganu said...

Kepada sesiapa yang ingin membeli tiket bas untuk balik ke Terengganu atau lain-lain destinasi seluruh semenanjung Malaysia kecuali ke negeri Kelantan, sila hubungi saya:

016-905 0556

Harga tiket adalah lebih murah berbanding di kaunter.
Bas adalah bas ekspress Maraliner (murah+selesa+selamat).

Harga istimewa kepada mereka yang berada di sekitar UPM Serdang, Uniten Bangi, UKM Bangi, KLIUC, Kajang dan Putrajaya.

Kami hantar tiket terus ke lokasi anda.

Maklumat lanjut dan tempahan hubungi:

016-905 0556



p/s: Terima kasih kepada blog owner. Didoakan semoga projek cendawan anda berkembang maju!