Sunday, February 3, 2008

Terima kasih cikgu!

Chini Agro ingin ucapkan terima kasih kepada Cikgu Naim dari Pekan kerana sudi membeli 1500 bungkah semalam. Kuantiti ni adalah rekod kepada kami kerana inilah kali pertama orang beli melebihi 1000 bungkah! Biasanya orang beli dalam ratus-ratus je...

Sebelum ni cikgu Naim ada membeli 500 bungkah pada awal disember tahun lalu. Menurut beliau, beliau kini boleh memungut hasil hingga 8kg sehari. Beliau sungguh seronok dapat menuai dan memasarkan hasil cendawan di kawasan berdekatan rumahnya. Apa yang lebih menarik, tiada satu bungkah pun rosak walau bangsalnya pernah ditenggelami air waktu banjir aritu! Ini adalah pencapaian yang boleh kami banggakan. Berita ni memang membuatkan kami lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti bungkah kami.

Minggu ni saya tak balik kampung, dengar berita ni pun dari ayah yang telefon semalam. Jadi takdela gambar yang saya boleh kongsi bersama. Ayah sungguh bersemangat menceritakan perkembangan terbaru termasuklah kisah bangsal ke-3 yang hampir siap tu. Saya pun jadi tak sabar nak balik cuti tahun baru cina ni. InsyaAllah, nanti saya upload gambar bangsal kami yang baru tu. Tapi rak dalam tak tau lagi bila boleh siap sebab tu kami tak upah orang, buat sendiri je.. Buat hanya bila ada kelapangan.

Itu aje post kali ni, terima kasih skali lg buat cikgu Naim!

Lanchini

No comments: