Setelah beberapa minggu bertungkus lumus menyediakan peralatan dan bahan mentah, akhirnya pada pertengahan Mac 07, kami telah berjaya membuat sendiri beg media. Susah juga untuk menentukan kuantiti air serta kepadatan habuk kayu yang perlu diisi ke dalam polibeg. Semuanya dibuat secara agak-agak kerana saya dan ayah tidak pernah ikuti kursus atau mempelajarinya secara praktikal. Semuanya berdasarkan apa yang di ajar abg Yusof dan panduan buku!
Begitu juga dengan suasana memasukkan benih. Saya tahu kerja mengisi benih perlu dilakukan di tempat yang bersih kerana cendawan ini sensitif terhadap pencemaran. Kami ambil keputusan untuk lakukannya di dalam bangsal sahaja. Benih yang dibeli adalah dalam bentuk plastik dan terpaksa gunakan sudu sebagai medium. Sebelum digunakan, sudu tersebut dilayurkan dulu di atas api untuk mematikan kuman.
Setelah hampir sebulan berusaha, dapatlah juga kami memenuhkan hampir semua rak dalam bangsal. Dicampur dengan 1000 beg media yang dibeli, kini ada kira-kira 3500 beg kesemuanya.
Namun masalah jangkitan penyakit masih belum dapat diatasi. Perkara ini amat membimbangkan saya. Jikalau kadar reject berterusan tinggi, bagaimana nak dapatkan untung? Mmmm, saya mesti balik kepada asas membuat cendawan, manalah tau ada yang tak kena dengan cara kami...
Awal April, beg media sudah boleh dibuka.. Saya sangat teruja untuk merasai cendawan sendiri. Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya ada beberapa media yang mula mengeluarkan cendawan...
Saya juga dapat khabar gembira kerana Jab Pertanian N.Sembilan akan menganjurkan kursus perusahaan cendawan selama 2 hari. Sebenarnya saya telah mendaftar nama untuk ikuti kursus ini seawal bulan 2 lagi.. Namun disebabkan faktor kerja, saya hanya dpt hadirkan diri untuk hari ke-2 sahaja..
4 comments:
Salam perkenalan dari saya Azhari. Seorang lagi anak felda seperti anda.
Jika tidak keberatan boleh ke kalau encik masukkan link blog saya seperti tertera kedalam blog encik.
Perkara yang sama sudah saya lakukan pada blog saya
TQ 4 ur cooperation. Semoga perniagaan cendawan saudara berkembang maju...
En Azhari, saya tak dapt blog awak punya URL, boleh tulis sekali lagi? Anyway, selamat maju juga kepada usaha awak...
beg cendawan antara 1000 beg yang dibeli yang diserang penyakit tu tak ditukar balik pada penjualnyer ker..biasanyer boleh ditukar ganti
semoga perusahaan saudara maju
mycendawan
Salam...lanchini
URL utk web blog saya http://e-cendawan.blogspot.com
Post a Comment