Banner Ebook 468X60

Monday, December 17, 2007

BANJIR OH BANJIR..


Salam buat pembaca,

Seperti yang anda tahu, banjir di Pahang sekarang agak teruk.. Banyak kawasan ditenggelami air.. Bilangan mereka yang dipindahkan pula telah melebihi 20,000 orang. Kawasan Pekan antara kawasan yang paling teruk di landa banjir. Air sungai Pahang melimpah hingga menenggelamkan sebahagian bandar Pekan.


Seingat saya, inilah banjir yang paling buruk pernah berlaku. Saya sendiri menerima kesannya. Lebuh raya Kuatan-Segamat kini ditenggelami air berhampiran dengan Muadzam. Inilah jalan yang saya sering gunakan untuk berulang-alik dari Seremban ke Chini. Sepanjang 6 tahun lebih menggunakan jalan ni, inilah kali pertama saya tidak dapat melaluinya dek banjir. Sepatutnya saya pulang ke kampung hujung minggu lepas. Tapi disebabkan banjir ni, saya terpaksa batalkan hasrat saya. Nak guna LPT, rasa terlalu jauh pula sebab terpaksa ke Karak dulu...

Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kepadaNya sebab kawasan projek kami tidak terjejas. Lokasi bangsal terletak atas bukit dan memang agak impossible untuk banjir. Yang membimbangkan sikit ialah takut jalan untuk ke sana pula yang banjir...

Menurut ayah, hasil pengeluaran kami tidak terjejas. Permintaan dari pengusaha restoran dan kedai runcit masih seperti biasa. Cuma ayah tidak boleh berniaga di pasar tani kerana hujan yang turun tak henti-henti. Oh ye, dah lama ayah tak nampak pesaing kami iaitu peniaga Cina dari Segamat tu. Sangkut kat banjir kot, hehe.. Ops tak baik ketawakan kesusahan orang lain.

Kepada mereka yang terjejas ngan banjir, Chini Agro ucapkan takziah kepada anda. Semoga anda bersabar dengan ujian Allah yang Maha Berkuasa atas segalanya....

Lanchini