Banner Ebook 468X60

Monday, December 10, 2007

Kursus Hari tu!


Salam hormat kpd pembaca suma,

Alhamdulillah, kursus pertama yang kami anjurkan telah selamat diadakan pada sabtu dan ahad lepas. Ada 7 orang peserta yang mendaftar. Tapi atas sebab tertentu hanya 5 yang dapat hadir. Mungkin bilangan ni kecil utk orang lain, tapi ianya cukup besar untuk saya. Sebabnya, ini kursus pertama yang amat bermakna untuk saya.

Sebelum kursus, saya sempat membuat beberapa persediaan termasuklah sediakan nota ringkas, sijil dan alat bantuan seperti papan putih. Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya mengajar, jadi saya rasa agak berdebar-debar. Bimbang juga cara penyampaian saya menyebabkan apa yang di ajar tak sampai ke, susah faham ke dan macam2 lagi yg saya pikir.. Nasib baik isteri byk membantu. Dia kan cikgu, hehe...

Kursus berjalan dengan suasana yang mesra. Rasa macam dah kenal lama. Itulah antara kelebihan jumlah peserta yang kurang kot.. Mudah mesra dan peserta pun tidak merasa malu untuk bertanya itu dan ini. Peserta kali ni ada yang dari kawasan sekitar Pekan dan Kuantan dan ada yang dari Bachok, Kelantan! 7 jam perjalanan tu... Dari segi umur pula, ada yang baru lepas SPM dan ada yang dah 50 an...

Pd pagi hari pertama, saya mengajar teori berkaitan dengan cendawan. Dengan pendedahan ini, saya harap mereka lebih memahami kandungan praktikal yang diadakan sebelah petang pula. Respon dari mereka juga sangat baik. Mereka sentiasa bertanya samada kepada saya atau ayah. Kebanyakan dari mereka pula pertama kali melihat bungkah dan cendawan segar dan mereka kelihatan agak excited..

Pada sebelah petang pula, kursus diteruskan dengan program praktikal. Kali ni peserta didedahkan dengan cara-cara membuat bungkah cendawan dan diberi peluang untuk melakukannya sendiri. Hujan renyai2 tak menjejaskan lansung kemeriahan proses membancuh habuk! Kemudian mereka diajar pula cara-cara bagging hinggalah ke suntik benih. Saya tak lupa untuk memberi beberapa tips yang boleh membantu memudahkan kerja mereka.




( budak kecik yang kanan sekali tu bukan peserta ye, itu anak saya yang sempat 'mengajar' cara-cara bagging yang tak betul! )


Pada hari ke-2 pula, saya memberi peluang kepada peserta kursus untuk mengutip hasil di bangsal. Sambil tu, saya juga mengajar mereka cara memetik cendawan, membersih mulut bungkah dan bagaimana mengawal pengeluaran. Kemudian peserta diberi peluang untuk melakukan sendiri proses potong akar dan packing hasil yang telah dituai. Saya harap pengalaman begini akan menaikkan lagi semangat mereka untuk mengusahakan projek sendiri pula.



Pada keseluruhannya saya merasa amat berpuas hati dengan kursus intensif kali ni. Mm , mungkin saya perlu tukar nama kepada kursus eksklusif sebab semua peserta mendapat layanan istimewa dari kami sekeluarga.. Besar harapan saya agar semua peserta pulang dengan ilmu yang cukup untuk membolehkan mereka membina projek sendiri. InsyaAllah, Chini Agro akan menolong mereka sebaik mungkin agar hubungan tak habis setakat kursus sahaja...


Kursus Intensif berikutnya? InsyaAllah saya akan adakan lagi pada bulan Januari nanti. Tarikh belum pasti, tapi kemungkinan besar pada 19 dan 20 hb nanti. Sesiapa yang berminat tu, boleh la hubungi saya di 019-3951516. Tempat adalah terhad kepada 12 peserta sahaja....

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah! Satu lagi usaha utk menyemarakkan lagi peursahaan cendawan di malaysia dan berkembang hingga peringkat global. Selamat maju jaya atas usaha anda. Keep it up!

Anonymous said...

Tahniah...semoga Chiniagro terus berjaya. Memang susah nak handle kursus ni. Bukan semua orang dapat buat.

Zamlan said...

Thanks buat kawan2 yang banyak beri sokongan. Saya pun doakan anda semua berjaya dalam projek masing2...

Lanchini

Anonymous said...

memang layanan yg diberi 1st class...seluruh keluarga chiniagro memberikan layanan yg mesra kepada para peserta...