Ops, kali ni bukan bungkah yang sampai ke KK, tapi saya sekeluarga.. Sempena dengan musim cuti sekolah ni, kami telah bercuti selama 4 hari di sana bersama dengan rombongan guru tempat isteri saya mengajar.
Kami sampai ke KK pada jam 5 sabtu 1 hb 12 yang lalu selepas menaiki kapal terbang selama 2 setengah jam dari KLIA. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Borneo.
Destinasi utama percutian kali ni ialah Kundasang. Satu kawasan tanah tinggi yang dikelilingi oleh gunung-ganang. Rombongan kami dibawa menaiki bas melalui jalan bengkang-bengkok selama 2 jam. Memang memenatkan sehingga kedua-dua anak saya muntah-muntah. Perit jerih perjalanan akhirnya berbaloi juga sebab kami dapat melihat satu pandangan yang indah sekali. Pemandangan yang tidak dapat disaksikan di tempat lain. Satu tanda kebesaran tuhan yang Maha Pencipta. Penginapan kami pula terletak betul-betul mengadap gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu!
Sewaktu dalam perjalanan pergi, saya terperasan sesuatu. Rumah cendawan shiitake! Malangnya saya dalam keadaan tidak bersedia untuk mengambil gambar. Sebelum ni saya ada terbaca mengenai perusahaan cendawan shiitake yang selalunya diusahakan di kawasan tanah tinggi Sabah.
Saya kemudiannya berkesempatan singgah di pasar sayuran segar di pekan Kundasang. Bermacam2 jenis sayuran dan buah-buahan segar ada dijual disini. Tapi yang menarik perhatian saya tentulah cendawan. Saya dapati cendawan tiram kelabu pun ada dijual. Saiznya agak besar berbanding dengan saiz yang biasa saya lihat di Semenanjung. Satu lagi jenis cendawan yang dijual adalah cendawan 'bibir'. Itu adalah nama yang dipanggil oleh penduduk setempat. Rupanya seperti cendawan telinga kera. Inilah antara beberapa keping gambar yang saya sempat curi-curi ambil ( hmm, sebenarnya taknak spoil mood vacation isteri, hehe )
Saya juga nak ambil kesempatan ni untuk meminta maaf kerana terlewat menghantar ebook atau previewnya. Kepada yang berkenaan, terima kasih kerana bersabar.
OK, jumpa lagi.
Lanchini
No comments:
Post a Comment