Salam buat pembaca,
Sabtu lepas, 28 hb, kami telah adakan cendawan khas untuk mereka yang ingin pelajari teknik penjagaan bungkah berbenih sahaja. Seramai 5 peserta telah hadir untuk kursus pertama ni.
Berbeza dengan kursus-kursus cendawan selama ni, kursus kali ni cuma di adakan pada sebelah pagi sahaja iaitu dari 9.30 hingga 12.30 tghari. Lokasinya pula ialah di tempat rehat bangsal kami. Kursus kali ni memang di adakan dalam suasana santai dan simple. Mintak maafla buat peserta kami jika lokasi ni tidak seselesa dalam dewan yang ber'aircond' atau sekurang-kurangnya ada kipas. Saya merasa lega kerana semua peserta tak kisah semua tu dan kelihatan bersemangat bertanya itu-ini even time makan sekalipun!
Namun yang lebih penting, isi kandungan kursus tetap menjadi keutamaan. Oleh kerana masa yang agak singkat, saya cuba menerangkan isi-isi penting seringkas dan sepadat mungkin. Selain teknik2 standard, kami turut dedahkan teknik2 alternatif untuk tingkatkan mutu hasil dan juga daya tahan bungkah. Saya turut menekankan kepentingan memahami cara menangani masalah penyakit yang sering menjadi punca kerugian dalam bisnes ni. Jika ada 10 bungkah bermasalah, dengan teknik yang betul, InsyaAllah sebahagian besar daripadanya dapat keluarkan hasil lagi. Tapi, dengan teknik yang salah, ada kemungkinan 10 bungkah tu akan merebak jadi 100 atau lebih bungkah berpenyakit.
Akhir sekali peserta turut di bawa melawat tempat proses kami yang tak seberapa tu. Walaupun ini adalah kursus penjagaan bungkah, saya tetap menunjukkan cara-cara membuat bungkah kepada mereka sebagai input tambahan. Sebelum pulang, setiap peserta dibekalkan dengan 10 bungkah cendawan berbenih dan tak lupa sedikit cendawan segar yang mereka kutip sendiri. Semoga mereka dapat aplikasikan ilmu yang diajar terhadap bungkah percubaan tersebut.
Sekian,