Banner Ebook 468X60

Monday, June 2, 2008

BAJA KOMPOS


Mungkin ramai yang dah tahu bahawa media yang dah terlalu tua dan tidak aktif mengeluarkan hasil lagi boleh dijadikan baja kompos. Ini kerana media mengandungi unsur fosforus dan kalium yang tinggi. Unsur2 ni dikatakan baik untuk pertumbuhan akar dan daun tumbuhan.. Ada yang memberitahu saya bahawa terdapat juga kes di mana baja kompos dari media cendawan boleh merawat pokok yang tak berbuah.

Selama ni kami buang sahaja media yang dah tua. Nak bakar tak berani sebab takut asap yang boleh mengganggu pertumbuhan maisilium bungkah. Kat tempat buang tu dah macam bukit, penuh dengan bungkah yang tua atau pun rosak. Kadang-kadang tu ada jugak pakcik dari kampung sebelah yang datang mengambil sedikit media tua tu. Katanya untuk ditabur di pangkal pokok cili. Pakcik tu memang akui sejak dia gunakan baja media cendawan, pokok cilinya makin subur. Tapi saya sendiri tak pernah nengok pokok cili pakcik tu.

Jadi kami mengambil sikit inisiatif untuk mencuba membuat baja kompos sendiri. Sebenarnya usaha ni dimulakan oleh pekerja kitorang. Dia gaulkan tanah dan media dalam nisbah tertentu. Nisbah ni kira main hentam je la sebab ni kira projek try and error. Lepastu campuran td dimasukkan dalam polibeg dan dibiarkan 2,3 hari. Akhir sekali benih cili dimasukkan ke dalam polibeg tu.. Inilah hasilnya setelah 2 minggu.


Anak pokok dah tumbuh. Tapi macam tak berapa subur je, hehe.. Tapi takpe, ini cuma langkah permulaan. Mungkin nisbah tu kena tukar sikit atau ada lagi bahan yang perlu ditambah. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman atau pernah buat kajian, bolehla beri tunjuk ajar kat kami. Bagi saya, ini adalah satu cabang yang berpontensi untuk di majukan.


Lanchini

3 comments:

iSunik said...

Bukan berminat tentang cendawan, cuma ingin mengucapkan tahniah atas usaha anda untuk berniaga sendiri. Sesuatu yang patut diterapkan kepada ramai supaya lebih berdikari tanpa bergantung pada sesiapa.

Contoh yang baik dalam usaha anda untuk lebih produktif dan menjalankan kajian atas bahan 'buangan'.

Tahniah

Anonymous said...

Terima kasih isunik atas komen anda. Ianya menjadi semangat untuk kitorang lebih bekerja keras.. Terima kasih buat ramai rakan2 yang sering membantu

correli said...

ada tak siri terbaru inovasi ini memandangkan saya pun banyak beg media terbuang.