Sunday, November 4, 2007

Chini Agro terus melangkah

Salam kepada pembaca suma,

Minggu lepas saya dapat satu berita gembira iaitu urusan bayaran Skim Insentif Pengusaha Cendawan telah selesai. Sebenarnya sekitar bulan 7 atau 8 yang lalu, ayah saya telah dipanggil oleh Jabatan Pertanian Pekan. Kami telah terpilih untuk menerima satu skim bantuan kepada pengusaha cendawan sekitar Pekan dan Kuantan. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk geran peralatan yang bernilai lebih kurang lima ribu ringgit.

Selesainya urusan ini bermakna saya mendapat kembali duit yang didahulukan untuk membayar alatan seperti steamer, bakul besi dan sebagainya. Lega hati saya kerana duit ni dapat meringankan beban kewangan kami yang dalam proses mengembangkan lagi sayap projek cendawan ni. Terima kasih ye Jabatan Pertanian Pekan, hehe..

Mengenai pasaran, saya rasa Chini Agro perlu 'keluar' untuk dapatkan pasaran lebih besar. Persaingan di Chini agak sengit sekarang dengan kehadiran peniaga cina yang datang dari Segamat(kalau tak silap). Tauke ni datang dengan 2,3 bakul cendawan dan menjualnya secara longgok. Harganya pulak lebih rendah dari harga Chini Agro. Itu yang agak memberi masalah.. Tapi yang bagusnya tauke ni sebenarnya memberikan idea kepada kami untuk turut menjual secara longgok. Saya dapati pembeli lebih tertarik untuk melihat cendawan yang diisi dalam bakul-bakul kecil daripada cendawan yang dipek dalam plastik.

Kami akhirnya mencuba pasaran di Felda Lepar Hilir yang terletak kira-kira 40km dari Chini. Cubaan pada pasar tani pagi Jumaat tu membuktikan permintaan cendawan di sana sangat baik. Dalam masa 2 jam aje 20 kg cendawan dapat dijual.

Masalah utama ayah ialah pengangkutan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk membeli kereta yang sesuai untuk ayah dan mengikut kemampuan kami. Proton Saga ok kot.. Kalau ada rezeki, saya akan belikan secepat mungkin untuk memudahkan urusan ayah..

Sampai di sini dulu, nanti sambung cerita lagi...

No comments: