Monday, March 17, 2008

Ancaman tikus


Dalam perusahaan cendawan, ancaman tikus adalah sesuatu yang sering dihadapi oleh pengusaha termasukla kami sendiri. Bangsal kami pula terletak dalam ladang sawit, kawasan yang boleh dikatakan sebagai 'lubuk tikus'. Tikus ni sukar untuk dibendung sebab ia boleh masuk ke dalam bangsal melalui ruang atap ataupun menyelinap melalui net hitam.

Apa yang saya paling benci pasal tikus ni ialah ia suka makan benih yang baru disuntik ke dalam bungkah. Yang selalu jadi mangsa ialah bungkah yang penutupnya longgar ataupun jika span yang digunakan terlalu kecil. Dulu waktu guna kapas, keadaannya lebih teruk. Habis ditarik keluarnya kapas tu sebelum dimakannya benih. Yang lebih memeritkan, biasanya bungkah yang telah 'disentuh' oleh tikus ni akan mudah dijangkiti penyakit. Baru-baru ni saya sempat membuang sebahagian bungkah berpenyakit akibat dari serangan tikus ni..


Saya menggunakan perangkap tikus jenis jaring besi. Umpan yang saya gunakan ialah benih cendawan yang dibalut dengan span. Tapi saya cuma dapat 2 ekor aje, itupun seekor lagi sempat lari. Lepas tu tiada lagi tikus yang dapat kami tangkap walaupun memang jelas tikus2 ni masih berkeliaran dan makin bermaharaja lela. Pelik juga saya dibuatnya. Seolah-olah tikus ni dah tahu mana makanan dan mana perangkap! Umpan pun dah bertukar banyak kali. Untuk pengetahuan, saya juga pernah mencuba racun tikus yang digaulkan dengan ikan masin, tapi itupun tak mengena.

Untuk dijadikan cerita, adalah seorang customer kami yang telah memberi tips yang tak pernah saya fikirkan sebelum ni. Dia kata, perangkap jaring ni mestilah dicuci dengan air selepas setiap kali mengena. Ini kerana, tikus yang terperangkap akan meronta-ronta ataupun gigit jaringan besi tu dalam usahanya melarikan diri. Ini akan meninggalkan bau yang cukup kuat. Bau ni akan jadi 'signal' kpd tikus2 yang lain supaya tidak masuk ke dalam perangkap tu...

Saya pun mencuba tips ni. Memang betul, pada keesokan paginya tikus yang 'dirindui' tu telah masuk perangkap! Saiznya pun boleh tahan bosarnya, ni mesti kenyang sebab abiskan span dan umpan benih yang disediakan. Saya tak sempat nak ambil gambar tikus tu sebab anak2 sedara dengan pantas uruskannya, hehe.. Diorang memang terer dalam kerja-kerja pelupusan ni.

Terima kasih pada pakcik tu atas tips beliau yang simple tapi berkesan ni. Kami amat menghargainya!

Sekian,


Lanchini

No comments: