Banner Ebook 468X60

Tuesday, March 4, 2008

LAWATAN KE KULAT ENTERPRISE


Saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu yang lalu untuk melawat ladang cendawan milik Kulat Enterprise. Saya pernah berjumpa dengan pemilik syarikat ini iaitu en Ramlee kira-kira 2 bulan yang lalu ketika berkunjung ke RASE Mushroom. Beliau dan partnernya ada menjemput saya untuk ke bangsal mereka di Seremban Selatan tapi time tu saya tidak berkesempatan untuk ke sana.

Sejak en Ramlee melancarkan blog beliau, saya selalu ikuti perkembangannya. Macam-macam kisah yang beliau paparkan hingga menarik minat saya untuk mengenali Kulat Enterprise dengan lebih dekat lagi. Lalu saya pun kontek en Ramlee dan menyatakan hasrat untuk melawat projek beliau. Kebetulan pada hari tersebut en Ramlee dan 'gang'nya sedang dalam proses memindahkan bungkah cendawan dari Seremban Selatan ke bangsal barunya di Mambau. Jadi saya cuma follow mereka dari tol Senawang hinggalah sampai ke Mambau.

En Ramlee menyewa satu lot tanah yang agak luas dan lengkap dengan kemudahan seperti ruangan berbumbung, rumah pekerja, ruang pejabat dan satu kawasan tanah yang kosong. Harga sewanya pun agak berpatutan. Mungkin inilah rezeki beliau selepas tapak projek pertama di Seremban Selatan tu tiba-tiba dijual oleh tuannya. Memang tak patut tindakan tuan empunya tapak tu!

Menurut en Ramlee, beliau bercadang untuk mengusahakan tapak tanah yang kosong tu dengan tanaman sayuran secara fertigasi. Tapi buat masa ni, beliau ingin menumpukan perhatian terhadap perusahaan cendawan. Saya dapati en Ramlee telahpun menyediakan 95% kelengkapan untuk membuat bungkah. Pekerja pun dah ada. InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan bermulalah proses membuat bungkah. Hasil cendawan yang diperolehi sekarang adalah daripada 7000 bungkah siap yang dibelinya pada hujung tahun lepas.

Kami banyak berbincang mengenai keadaan semasa perusahaan cendawan yang semakin hari semakin berkembang. Ada satu idea beliau yang menarik perhatian saya iaitu mewujudkan satu bentuk koperasi pengusaha cendawan agar kita dapat menyatukan pengusaha-pengusaha kecil di bawah satu organisasi. Saya memang menyokong idea sebegini. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi jika bersatu. Sekurang-kurangnya harga dapat di standardkan dan dapat mengelak persaingan tak sihat sesama sendiri.

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Kulat Enterprise. Saya percaya mereka kini berada di landasan yang betul. Pengorbanan serta usaha gigih en Ramlee dan partnernya pasti akan membuahkan hasil lumayan satu hari nanti... Gambatte kudasai!




lanchini.



No comments: