Monday, March 24, 2008

Kertas sebagai tutup peram

Pada kebiasaannya, saya menggunakan tutup peram jenis yang berlubang tengah dan diisi dengan kapas atau span. Teknik ni saya amalkan dari awal pembabitan dalam projek cendawan hinggalah sekarang ni. Kebanyakan sifu-sifu saya turut menggunakan kaedah yang sama. Saya juga berasa yakin dengan teknik ni memandangkan penutup peram serta span akan melalui proses nyahkumah iaitu kukus sebelum kita menyuntik benih.

Baru-baru ni hati saya tergerak untuk membuat sedikit kelainan. Saya ingin mencuba gunakan kertas surat khabar sebagai penutup peram. Seingat saya, sewaktu berkursus dahulu, Puan Normah tidak menggalakkan teknik ini kerana unsur karbon dari dakwat yang boleh menjejaskan benih. Selain itu, ianya mudah koyak jika terkena air. Dan jika ini berlaku, bungkah yang terdedah mudah dijangkiti penyakit. Namun saya dapati ramai juga pengusaha yang menggunakan kertas sebagai penutup peram. Otai dalam perusahaan ini seperti VITA AGRO sekalipun menggunakan kaedah ni.

Faktor utama pemilihan kertas sebagai penutup peram adalah kerana kosnya yang sangat rendah. Pakai kertas suratkhabar lama dengan getah gelang pun dah ok. Dan yang menariknya pakai kertas ni ialah cendawan pertama yang akan keluar tu akan menembusinya dengan sendiri. Tak perlu kita susah-susah tanggalkannya ataupun bersihkannya. Ramai pengusaha yang menjual bungkah memilih kaedah penutup kertas ni untuk menjimatkan kos penutup peram.

Sebagai percubaan, saya telah menggunakan teknik ni pada 60 bungkah yang disuntik pada minggu lepas. Leceh jugak sebab terpaksa gunting kertas dahulu. Lagi satu, saya gunakan getah gelang yang bersaiz besar, jadi lambat kerja saya. Kena pusing 3 kali barulah dapat ketatkan getah tu pada neck.


Saya ingin melihat dan membandingkan perkembangan maisiliumnya nanti. Begitu juga dengan kadar hasilnya, adakah lebih banyak atau sebaliknya atau sama aje. Dan yang paling ingin saya tahu ialah kadar rejectnya nanti. Bila ingatkan pasal tikus, rasa bimbang gak sebab lagi senang tikus tu nak selongkar benih nanti. Mudah-mudahan takdela tikus yang buat kacau...


Lanchini

No comments: