Friday, March 28, 2008

LAPORAN KURSUS CENDAWAN KE-5



Kursus Intensif Cendawan ke-5 telah selamat dilansungkan pada 22&23 Mac yang lalu. Kursus kali ni disertai oleh 7 orang peserta dimana kesemuanya dari negeri Pahang. Terima kasih kepada mereka atas kesudian memilih kursus yang kami anjurkan.

Berdasarkan temu bual dengan mereka, saya dapati ramai antara mereka telahpun mempunyai pekerjaan tetap. Ada yang bekerja di sektor perkilangan dan ada juga kakitangan awam. Apa yang pasti, mereka sedang tercari-cari sumber alternatif sama ada untuk menambah pendapatan sendiri atau untuk saudara mara terdekat. Mereka memilih sektor pertanian memandangkan sektor ini sedang giat dimajukan oleh kerajaan. Mereka tertarik dengan industri cendawan yang mempunyai potensi yang sangat besar di samping lebih mudah diusahakan berbanding dengan tanaman lain.

Saya sebenarnya baru pulih dari demam selsema yang dihidapi beberapa hari sebelum tu. Jadi 'tempo' hari pertama tu agak perlahan berbanding dengan kursus sebelum ni. Namun saya tetap pastikan setiap peserta dapat memahami setiap perkara yang di ajar. Terima kasih buat ayah dan adik yang sentiasa menyokong saya terutamanya sewaktu praktikal. Nasib baik ada diorang, ringan sikit beban saya.

Seperti biasa, kami memberi tunjuk ajar agar mereka boleh pulang dengan ilmu yang cukup untuk memulakan projek mereka sendiri. Kami dedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang menjadi kunci kejayaan sesebuah projek cendawan. Saya tak lupa memberi pelbagai tips untuk memudahkan kerja mereka. Tak lupa tips menjalankan projek ni dari jarak jauh seperti yang saya praktiskan sekarang. Pada hari akhir kursus, saya dapat rasakan mereka telah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memulakan projek cendawan mereka. Aura yang dipancarkan jelas berbeza!





Kepada anda yang berminat untuk ikuti kursus cendawan Chini Agro, jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya pada 26 dan 27 April nanti. Hubungi saya melalui 019-3951516 untuk mendapatkan keterangan lanjut. Berikut pula adalah kursus yang di anjurkan oleh rakan seperjuangan saya. Hubungi urusetia melalui contact number yang tertera.




Sekian,


Lanchini