Banner Ebook 468X60

Wednesday, February 27, 2008

KURSUS CENDAWAN KE-4


Alhamdulillah, dengan izinNya, Chini Agro selamat menganjurkan kursus intensif cendawan ke-4 pada 23 dan 24hb yang lepas. Terima kasih kepada 12 peserta yang telah sudi hadir mengikuti kursus tersebut. Dari 12 peserta, 4 peserta telah memilih pakej A(sehari) dan selebihnya memilih kursus pakej B. Peserta paling jauh datang dari Kuala Krai, Kelantan dan selebihnya adalah sekitar Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Menu kursus kali ni tak jauh berbeza dari kursus-kursus sebelum ni. Pada awal kursus, saya memberikan sedikit ceramah teori agar para peserta mendapat gambaran kasar akan perjalanan projek cendawan. Kemudian ianya diikuti dengan aktiviti praktikal seperti begging dan menyuntik benih. Akhir sekali kami beramai-ramai bergerak ke bangsal dan disitu para peserta akan dapat melihat keadaan sebenar projek cendawan. Sudah tentu saya turut memberi penerangan serta beberapa aktiviti praktikal ringkas untuk menambah kefahaman peserta.

Pada hari ke-2, para peserta akan 'dikerah' untuk bekerja bersama-sama kami. Kesian gak melihat mereka bersusah payah membuat kerja-kerja yang belum pernah dibuat sebelum ni. Ada peserta tu berpeluh-peluh hingga terpaksa menukar baju! Bukan untuk mendera, tapi pendedahan begini penting supaya mereka dapat mengetahui dan memahami keadaan sebenar perjalanan seorang pengusaha cendawan.

Sepanjang kursus kali ni, para peserta kelihatan sangat aktif bertanya itu dan ini. Ada beberapa peserta yang telah pun memulakan projek sendiri. Tujuan mereka datang adalah untuk tingkatkan ilmu di dada disamping mempelajari teknik-teknik yang kami gunakan. Syabas buat mereka kerana mempunyai motivasi yang tinggi untuk sentiasa belajar ilmu cendawan.





Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi mengiklankan kursus Chini Agro. Doumo Arigato kepada Azhari(e-cendawan), Azman(Tunas Alam Agrotech), Rusila(fatisha agro farm), Izwan(Projek Cendawan), Nizam(cendawan global) dan ramai lagi yang sentiasa menyokong usaha kami. Tak lupa buat en Rasul dari Mentah Resources atas tajaan starter kit tersebut.

Kursus anjuran kami yang berikutnya adalah seperti di bawah ni. Rujuk bahagian kanan blog ini untuk mendaftar.


tarikh : 22&23 Mac 08

tempat : felda chini timur 3

bilangan peserta : terhad kpd 15 peserta shj


Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengiklankan kursus rakan-rakan saya seperti di bawah ni. Buat anda yang sedang tercari-cari kursus cendawan dan tinggal berdekatan, hubungi urusetia untuk maklumat lanjut. Saya yakin, ilmu yang mereka miliki boleh membantu anda merealisasikan projek cendawan anda sendiri. Sayonara...


Lanchini

No comments: