Monday, February 25, 2008

Puan Normah call!


Bila disebut aje nama Pn Normah Ibrahim, saya pasti ramai pengusaha cendawan mengenalinya. Beliau adalah pakar cendawan dari Jabatan Pertanian Putrajaya. Beliau sering diundang sebagai penceramah dalam banyak kursus cendawan samada anjuran Jabatan Pertanian sendiri atau syarikat2 lain. Saya sendiri pernah mengikuti kursus beliau pada bulan April tahun yang lalu. Bangga gak kerana jadi 'anak didik' beliau..

Sebulan yang lalu, saya ada menghantar email kepada Pn Normah bertanyakan soalan yang sering ditanya oleh mereka-mereka yang ingin mengenali perusahaan cendawan ni. 'Boleh tak habuk kayu selain habuk getah digunakan?'. Dan jawapan yang saya selalu berikan ialah 'boleh' tapi mesti melalui proses rawatan tertentu. Masalahnya, saya sendiri tak tahu bagaimana proses rawatan tu!

Setelah sebulan berlalu, saya masih belum menerima jawapan dari beliau hinggalah jumaat lepas. Terkejut jugak saya apabila puan Normah memperkenalkan dirinya. Saya tak pernah terfikir pun bahawa puan Normah sudi menelefon saya yang entah siapa ni.. Ingatkan beliau terlalu sibuk hingga tak ada masa melayan email saya tu.

Menurut Pn Normah, habuk kayu lain(balak) boleh digunakan tapi mesti betul caranya. Ianya tak boleh terus digunakan tapi mesti melalui proses rawatan sebegini;

  1. Campur air dalam habuk kayu hingga kadar kelembapannya 65%
  2. Gaulkan habuk dengan membalik2kannya dengan rata
  3. Biarkan habuk ini selama seminggu
  4. Ulangi proses 2-3 sebanyak 3 kali lagi (atau dalam tempoh sebulan) sebelum boleh dicampur dedak dan kapur.

Tujuan proses rawatan diatas adalah untuk 'tawar'kan sifat-sifat asal habuk kayu balak supaya ia menjadi lebih lembut, kurang berbau dan tidak pahit. Sifat-sifat ini menurut pn Normah, boleh memberi kesan kepada pertumbuhan cendawan. Contohnya, jika habuk balak bersifat pahit, cendawan yang akan keluar nanti pun akan turut berasa pahit.

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pn Normah kerana sudi berkongsi ilmu ini. Di sesetengah tempat, habuk kayu getah sukar untuk diperolehi. Kalau dulu habuk getah ni dibakar atau dibuang aje, tapi sekarang harganya dah beratus ringgit utk satu tan. Salah seorang yang suffer akibat kenaikan harga habuk getah ni ialah saya sendiri, hehe..

Saya pasti akan mencuba kaedah rawatan yang pn Normah ajar tu. Bila tu belum tau lagi sebab masa agak 'tight' sekarang. Tapi jika ada kawan2 yang mahu mencubanya, bolehla kita berkongsi maklumat nanti..

Itu aje, jumpa lagi.

Lanchini

2 comments:

ayne said...

Saya pernah SMS En.Kadir (gambar org yg petik cdwn di agrolink) ttg habuk kayu getah yg bercampur durian. Dia kata OK, dah ada yg mencubanya.

Anonymous said...

Saya pun tengah cari penyelesaian tentang cara proses habuk kayu balak nie...kalau ada penemuan atau idea lain tolong forward kepada saya...:) ---hiram_yip@yahoo.com --- terima kasih byk2...